View: 15764|Reply: 234
|
"Hauk, Tak Kreatif,"- MV Siti Nurhaliza Dikutuk, Tiru Adele
[Copy link]
|
|
Baharu dilancarkan Rabu lalu, lagu raya terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Lip Lap Raya menerima kritikan peminat-peminatnya apabila muzik video (MV) penyanyi tersohor itu dikatakan berkualiti rendah.
Terbuka menerima kritikan itu, Siti, 43, berkata, semua pihak berhak memberi pandangan masing-masing.
“Apa sahaja orang nak katakan saya sudah biasa sejak dari awal lagi.
“Itu adalah hak mereka untuk bercakap. Apa yang penting matlamat dan maksud lagu tersebut berjaya disampaikan,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, lagu raya terbaharu Siti, Lip Lap Raya ciptaan Ajay Mai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan dianggap tidak mencapai standard penyanyi nombor satu itu.
Malah, ada yang mendakwa konsep yang dipaparkan hampir sama dengan MV Oh My God nyanyian Adele.
Sementara itu, mengulas tentang konsep MV, Siti berkata, Lip Lap memberi kelainan apabila tampil dengan konsep lebih elegan dan santai.
“Bila sebut hari raya orang dah biasa dengan suasana meriah seperti ketupat atau bunga api. Itu adalah kebiasaan. Bagaimanapun saya suka dengan konsep yang ditampilkan kali ini kerana lebih elegan dan santai,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada hujung Ramadan ini.
Selepas tiga tahun tidak ke sana, ini adalah peluang buat ibu kepada dua cahaya mata itu untuk melepas rindu beribadah dan berdoa di hadapan Kaabah.
“Sebab sudah tiga tahun tidak ke sana, jadi memang rindu untuk duduk dan berdoa di hadapan Kaabah.
“Pastinya saya mahu memohon kebaikan dari setiap sudut untuk diri saya, keluarga, anak-anak dan seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kualiti penyanyi bernombor Malaysia, meniru tanpa segan silu. Cedok terus ya. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyooo...plagiat aje kerja2 org belakang tabir nowadays.. idea sendiri haus ke...
aku lebih rela tengok MV tu kalau tokT dililit dengan lampu lip lap from head to toe sambil menari nari drpd amik hasil karya org lain gini.. lemah |
|
|
|
|
|
|
|
Lip lap ke malap? |
|
|
|
|
|
|
|
erkkk...orang tu letak kerusi, dia pun letak kerusi. orang tu letak tangga, dia pun letak tangga. letak la benda lain. tak nampak sangat (meniru) |
|
|
|
|
|
|
|
lagu mcm tangkap muat je..bosan nau |
|
|
|
|
|
|
|
sebijik
sebijun
xdak idea ka |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg direct ni la ciplak idea kan, creative team dia la pemalas plan. Ctperoz mesti tau dia peminat adele ohmySNP |
|
|
|
|
|
|
|
Aduyai mak iti oiii... tak buat research ker? Cilaka betul team sheols ni ehk.
Malu la weh.
Dah la lagu laplip ni cam sendu. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi lip lap raya x sedap...
below par lagu ni tuk penyanyi no 1.. |
|
|
|
|
|
|
|
geram gak ngan dia ni. Degil ya amat. langsung tak jaga kualiti. dia jaga suara je.
Baju hauk, vc hauk..bukan skrg vc dia hauk...sejak dulu hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab sudah 3 tahun tidak ke sana?
Org lain nak gi umrah sekali seumur hidup, dia 3 tahun tu mcm eh dah lama sgt ni kena repeat |
|
|
|
|
|
|
|
Lip lap tapi mana lip lapnya mcm sendu aje |
|
|
|
|
|
|
|
Tp job ct tgh kencang skrang ni kluar iklan merata
Shoppee, swarokski, cuckoo
Tp yg iklan kuku tu mcm tak nmpk dah veteran depan kamera sbb mata ke lain
3 iklan ni boleh dpt 5 juta kot |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaahahahahahahaha
mak itiiiiii oiiii
nak selamat buat jelaaa nari2 ala2 badarsila cindai
apa kemendeeeee laaa team sheol ni niru bolat2
|
|
|
|
|
|
|
|
lagu ni tak sedap. setelah bertahun2 she xde lagu raya, i macam tunggu2 jugala lagu rayanya. sekali kualiti malap
susah dah nak dapat kualiti lagu2 setanding ciptaan arwah pak ngah dulu. byk lagu2 pak ngah yg malar segar sampai skrg. mcm lagu2 raya siti yg arwah cipta dulu.. smpi skrg sedap je dgr |
|
|
|
|
|
|
|
tak best lagu raya & mv video sheolls ni. Aku masih meng-expect lagu raya baru sheolls ada irama2 melayu & suasan raya tu. tapi hampeh, lampu kelip2 jah ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|