"Alhamdulillah saya bersyukur mahkamah meletakkan syarat dia (Radhi) tidak boleh menganggu saya selepas ini. Sekurang-kurangnya saya tidak lagi diganggu olehnya."
Bekas isteri Radhi, Ayu Shahira bersyukur dengan keputusan mahkamah yang memerintahkan vokalis kumpulan OAG itu untuk tidak menganggu hidupnya lagi. Ayu atau nama sebenarnya Nur Shahira Ayu Zahiri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana tidak mahu menganggu siasatan polis. Berkata kepada mStar, dia sebaliknya hanya mahu mengutamakan soal keselamatan diri dan dua anaknya.
Selepas dua hari direman, penyanyi dengan nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 45, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bertindak kasar terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. Mahkamah membenarkan Radhi diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan meletakkan syarat tidak menganggu bekas isteri. Menurut laporan media, Radhi ditahan pada Rabu lalu di kawasan kediamannya di Kota Damansara selepas dipercayai memukul bekas isteri ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada penyanyi itu kira-kira pukul 2.29 petang. "Sebenarnya saya dah pernah beberapa kali buat laporan polis selepas kami bercerai. Tapi tak perlulah saya jelaskan lebih lanjut mengenai laporan sebelum ini. "Selepas bercerai, kami memutuskan untuk menjaga anak sama-sama. Dia boleh ambil anak-anak tanpa had masa sebab Radhi pun masih bapa kepada anak-anak saya. "Tapi bila dah jadi macam ini, saya akan failkan tuntutan untuk dapatkan hak penjagaan anak sepenuhnya. Selain itu, saya juga nak tuntut nafkah yang sepatutnya. "Cuma selebihnya saya tak boleh nak kongsi lagi sebab biar selesaikan kes ini terlebih dahulu," katanya. Semoga hidup Ayu dan anak-anak lebih aman tenteram selepas ini. - CARI |
sleepandream replied at 22-4-2022 06:42 PM
mendadih lg ke heols...
codenamedream replied at 22-4-2022 06:03 PM
Ayu ni skandal Radhi masa dia dgn Shazlin Kan..
Rasain lo.
exclusive_vvip: lahhh,pencaras jua ke? selama ni I dok ingatkan 1st wife yg minta cerai sbb x tahan laki mendadih..
eyansss replied at 23-4-2022 01:53 AM
dia ni memang problemwtic sampai sanggup tipu dah berzina supaya radhi jatuhkan talak… punya la ...
exclusive_vvip replied at 23-4-2022 05:51 AM
oh patut la..i Google pasai radhi oag bercerai, membawa ke 1 thread kat CARI ni..thread 2 tahun le ...
eyansss replied at 23-4-2022 10:25 AM
yang pengganti tu aku tak pasti... cuma yang kes dia mengaku berzina tu aku ingat sebab melodi pe ...
TeropongThaico replied at 23-4-2022 12:42 PM
Isk kalau yg melibatkan maruah sheols sendiri pun sheols sanggup tipu demi capai hajat hati... Ad ...
eyansss replied at 26-4-2022 12:57 PM
radhi mengaku semua tu dan disebabkan tu la dia akhirnya sanggup lepaskan ex dia tu... sebab ex b ...
TeropongThaico replied at 26-4-2022 02:44 PM
Kesian. Bersungguh2 cakap tak nak dah tu mesti ada sesuatu yg teruk berlaku. Berkahwin dgn pasanga ...
eyansss replied at 23-4-2022 10:25 AM
yang pengganti tu aku tak pasti... cuma yang kes dia mengaku berzina tu aku ingat sebab melodi pe ...
Lula2 replied at 26-4-2022 11:30 PM
Yg mengaku sanggup tipu tu bukan wife yg ni, tapi wife yg 1st shazlin tu la.
ADVERTISEMENT