CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5205|Reply: 26

'Dia Tak Boleh Ganggu Hidup Saya Lagi' - Bekas Isteri Radhi Nak Tuntut Hak Penjagaan Anak

[Copy link]
Post time 22-4-2022 05:53 PM | Show all posts |Read mode
"Alhamdulillah saya bersyukur mahkamah meletakkan syarat dia (Radhi) tidak boleh menganggu saya selepas ini. Sekurang-kurangnya saya tidak lagi diganggu olehnya."



Bekas isteri Radhi, Ayu Shahira bersyukur dengan keputusan mahkamah yang memerintahkan vokalis kumpulan OAG itu untuk tidak menganggu hidupnya lagi.




Kredit foto: NST




Ayu atau nama sebenarnya Nur Shahira Ayu Zahiri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana tidak mahu menganggu siasatan polis.


Berkata kepada mStar, dia sebaliknya hanya mahu mengutamakan soal keselamatan diri dan dua anaknya.


Selepas dua hari direman, penyanyi dengan nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 45, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bertindak kasar terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.


Mahkamah membenarkan Radhi diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan meletakkan syarat tidak menganggu bekas isteri.


Menurut laporan media, Radhi ditahan pada Rabu lalu di kawasan kediamannya di Kota Damansara selepas dipercayai memukul bekas isteri ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada penyanyi itu kira-kira pukul 2.29 petang.

"Sebenarnya saya dah pernah beberapa kali buat laporan polis selepas kami bercerai. Tapi tak perlulah saya jelaskan lebih lanjut mengenai laporan sebelum ini.




Kredit foto: mStar



"Selepas bercerai, kami memutuskan untuk menjaga anak sama-sama. Dia boleh ambil anak-anak tanpa had masa sebab Radhi pun masih bapa kepada anak-anak saya.

"Tapi bila dah jadi macam ini, saya akan failkan tuntutan untuk dapatkan hak penjagaan anak sepenuhnya. Selain itu, saya juga nak tuntut nafkah yang sepatutnya.

"Cuma selebihnya saya tak boleh nak kongsi lagi sebab biar selesaikan kes ini terlebih dahulu," katanya.


Semoga hidup Ayu dan anak-anak lebih aman tenteram selepas ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayu ni skandal Radhi masa dia dgn Shazlin Kan..
Rasain lo.

Tapi moga Ayu dpt nafkah yg sepatutnya.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:33 PM | Show all posts
Nampak stress muka anak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:42 PM | Show all posts
mendadih lg ke heols...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 07:56 PM | Show all posts

test air kencingnya negative


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada terbaca dia banyak kali pukul ex dia ni hmm tak guna betul!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni f4 kot masa muyan nak kan mamat dadih neh.. Cerai jugak rupernyer
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 22-4-2022 06:03 PM
Ayu ni skandal Radhi masa dia dgn Shazlin Kan..
Rasain lo.


lahhh,pencaras jua ke? selama ni I dok ingatkan 1st wife yg minta cerai sbb x tahan laki mendadih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ex bini radhi gn tok jamal mcm sama jeee spesis
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 01:53 AM | Show all posts
exclusive_vvip: lahhh,pencaras jua ke? selama ni I dok ingatkan 1st wife yg minta cerai sbb x tahan laki mendadih..


dia ni memang problemwtic sampai sanggup tipu dah berzina supaya radhi jatuhkan talak…  punya la memang taknak dah mamat ni…
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 23-4-2022 01:53 AM
dia ni memang problemwtic sampai sanggup tipu dah berzina supaya radhi jatuhkan talak…  punya la  ...

oh patut la..i Google pasai radhi oag bercerai, membawa ke 1 thread kat CARI ni..thread 2 tahun lepas..pasal ex wife ni dah ada pengganti..ada forumer tumpah teh ex wife dia ni berkawan dgn laki orang..i tak reti tepek link thread, tajuk thread tu “Bekas isteri radhi OAG dah jumpa pengganti, nak kahwin lepas PKP”..komen tu kat page belakang2..taktau la kawen ke idok dgn mamat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:25 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 23-4-2022 05:51 AM
oh patut la..i Google pasai radhi oag bercerai, membawa ke 1 thread kat CARI ni..thread 2 tahun le ...

yang pengganti tu aku tak pasti...  cuma yang kes dia mengaku berzina tu aku ingat sebab melodi pernah terjah diorang kat mahkamah...  radhi kejar exwife bising2 cakap kenapa tipu dah tido ngan mamat tu...  dia cakap ulang2 kenapa tipu...  last2 exwife dia cakap dia tipu sebab nakkan talak jatuh...  lebih kurang la sebab aku tak ingat sangat dah the exact words...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 23-4-2022 10:25 AM
yang pengganti tu aku tak pasti...  cuma yang kes dia mengaku berzina tu aku ingat sebab melodi pe ...

Isk kalau yg melibatkan maruah sheols sendiri pun sheols sanggup tipu demi capai hajat hati...  Adakah bab pukul tu betul jd? Aiol tak le side mana2 tp terfikir pulak pasal ni lps baca cerita chuol ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 01:21 PM | Show all posts
dulu iols rasa bertuahnya budak ni kawen dgn radhi oag dah la muda lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 12:57 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 23-4-2022 12:42 PM
Isk kalau yg melibatkan maruah sheols sendiri pun sheols sanggup tipu demi capai hajat hati...  Ad ...

radhi mengaku semua tu dan disebabkan tu la dia akhirnya sanggup lepaskan ex dia tu...  sebab ex bersungguh2 depan wartawan kata dia memang dah taknak radhi tu sampaikan wartawan tarik dia n pujuk dia (sebab masa tu nampak dia dah nak hangin dah dan macam bakalan guna kekerasan)...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 26-4-2022 12:57 PM
radhi mengaku semua tu dan disebabkan tu la dia akhirnya sanggup lepaskan ex dia tu...  sebab ex b ...

Kesian. Bersungguh2 cakap tak nak dah tu mesti ada sesuatu yg teruk berlaku. Berkahwin dgn pasangan yg menagih ni kena tahu ada risikonya.

Teringat staff ai kena hempuk dgn bata dek suami taik dadah. Tu pun masih ada sayangnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 10:17 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 26-4-2022 02:44 PM
Kesian. Bersungguh2 cakap tak nak dah tu mesti ada sesuatu yg teruk berlaku. Berkahwin dgn pasanga ...

serious la dah kena hempuk bata masih sayang???  gila betul perempuan zaman la ni...  asal berlaki...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:17 PM | Show all posts
freehair kan??? messed up betul la korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 23-4-2022 10:25 AM
yang pengganti tu aku tak pasti...  cuma yang kes dia mengaku berzina tu aku ingat sebab melodi pe ...

Yg mengaku sanggup tipu tu bukan wife yg ni, tapi wife yg 1st shazlin tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:34 PM | Show all posts
Lula2 replied at 26-4-2022 11:30 PM
Yg mengaku sanggup tipu tu bukan wife yg ni, tapi wife yg 1st shazlin tu la.

aku cakap pasal yang first tu la...  bukan yang ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.106492 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list