CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 49 Tapi Zarul Umbrella Masih Nampak Muda, Tak Kisah 'Dituakan' Dalam Drama

22-4-2022 03:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5164| Komen: 34|Original author: Tatod


Penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella , 49, sama sekali tidak menjadi masalah buatnya sekiranya wajah dan penampilannya 'dituakan' bagi meningkatkan kesan lakonan.

Bekas pramugara salah sebuah pusat penerbantangan tempatan itu berkata, dia semakin kerap diberikan watak sebagai bapa, lelaki tua dan datuk miang.

"Sebagai contoh saya lakonkan watak bapa, kalau tersilap pilih pelakon yang menjadi anak itu nanti kami akan kelihatan seperti abang adik dan bukan bapa dan anak

"Kes seperti ini pernah terjadi dalam drama Cik Serba Tahu apabila saya menjadi anak kepada Ako Mustapha tetapi kelihatan seperti adik dan abang.


"Dalam cerita Bukan Gadis Biasa, saya jadi bapa saudara kepada Remy Ishak, Nazim Othman dan Mas Khan tetapi apabila berada dalam satu frame, kami nampak macam adik beradik. Jadi, rambut saya terpaksa diputihkan untuk efek uban seiring dengan watak dilakonkan," katanya.

Sebelum ini, Zarul kerap juga diberikan kepercayaan memegang watak utama namun kini situasi sudah berubah dan karakter yang ditawarkan juga hanyalah sebagai pembantu sahaja.

Pun begitu, dia menjelaskan tidak pernah mengharapkan untuk memegang watak utama saat pertama kali menceburi bidang seni lakon.

Katanya, sebagai bintang yang namanya kembali hangat selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza enam tahun lalu menyedari setiap populariti itu ada tarikh luputnya.



"Sejak awal terjun ke dunia lakonan, saya tidak mengharapkan untuk memegang watak utama. Saya sedar diri dan berpijak di bumi nyata bahawa bintang realiti itu ada tarikh luputnya. 

"Selepas dua tahun, karier merudum sedikit. Bagaimanapun, saya masih terima watak hero sebagai lelaki berusia 40-an dan 50-an," katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 22-4-2022 03:25 PM
zarul jadi anak Ako mustapha...apa punya pengarah da...x agak2 watak anak n ayah...huhu...
Quote buragazz 22-4-2022 05:09 PM
Compare ngan bos aku yang sama umur dengan Zarul ni macam langit ngan bumi... bos aku anak baru satu macam umur 72...
Quote nazzse 22-4-2022 05:18 PM
Mana tak mudanya, rajin exercise. Banyak kali nampak dom jogging around cyberjaya ni
Quote krustykrab 23-4-2022 06:01 AM
seri_mawr replied at 22-4-2022 03:25 PM
zarul jadi anak Ako mustapha...apa punya pengarah da...x agak2 watak anak n ayah...huhu...

Ako skrg ni nmpk mcm tua sakit..dulu sikit punya hot


Quote bulalof 23-4-2022 07:51 AM
we should be aging gracefully.........
Quote dejure 23-4-2022 08:16 AM
Aku tak suka content yt pasal fa dia ni..balik2 tanya soalan yg sama.aku lg suka tgk viviana cerita pasal pengalaman jd FA.lg byk input yg best dpt dari dia ni
Quote DianaSaksen 23-4-2022 08:35 AM
Dh nampak tua dah..tengok kat tv ber hd tinggi..kedut kat bawah mata
Quote suka2 23-4-2022 09:06 AM
Rupa mcm tu sesuai la dgn umo 49 takda la nmpk muda sgt pun.
Quote Dolmat 23-4-2022 09:11 AM
Takde mana nya baby face.. muka dgn umur tu sesuai ler...
Quote missyL 23-4-2022 10:39 AM
Setuju dgn komen nmpk same mcm usia
Klo dlm tv lg nmpk berkedut2..

Tp stylo tu ade lah
Quote asamfish 23-4-2022 04:24 PM
Sesuai je umur dgn muka dan gaya.  Tak nampak muda dari umur.
Quote Pompuan-Itu 23-4-2022 04:32 PM
Dia nampak wangi walaupon dah berusia. Suka dia humble dan down to earth. Crew pun ramai suka dia dulu time fly sekali.
Quote Pujangga22 23-4-2022 07:36 PM
krustykrab replied at 23-4-2022 06:01 AM
Ako skrg ni nmpk mcm tua sakit..dulu sikit punya hot

kurus dah si ako tu yg nmpk tua..mcm sakit pun ada..dulu antara aktor yg hot..

[youtube]iNdtz-pQAm0[/youtube]
Quote Normabaru 23-4-2022 08:08 PM
missyL replied at 23-4-2022 12:39 PM
Setuju dgn komen nmpk same mcm usia
Klo dlm tv lg nmpk berkedut2..


Kwn kaka ada sorg muka cm si zarul ni..Kaki playboy acah hensem sgt la tu main perempuan xserik2
Quote GegarVaganja 23-4-2022 08:38 PM
Xla nampak muda sgt. Sebab tengok youtube channel dia bila pakai macam FA, terserlah la nampak penuaan tu.

Quote 800214 23-4-2022 09:25 PM
makadek replied at 23-4-2022 06:32 AM
49 mmg la tak tua mcm atok2
Laki aku pn swbaya tu org igt dia 38 awet muda sungguh

Opismate i umo 49 mcm atok dah. Hahahahaha..
Quote missyL 24-4-2022 12:31 AM
Normabaru replied at 23-4-2022 08:08 PM
Kwn kaka ada sorg muka cm si zarul ni..Kaki playboy acah hensem sgt la tu main perempuan xserik2

Dah kne sakit baru serik kaka..
Quote sleepandream 25-4-2022 03:05 AM
dejure replied at 23-4-2022 08:16 AM
Aku tak suka content yt pasal fa dia ni..balik2 tanya soalan yg sama.aku lg suka tgk viviana cerita  ...

tengok guest yg dia interview jugak... iols suka jah tgk maria tunku sabri, amy mastura and lain2 cite pengalaman masing2...
viviana kan 2 alam mmg la kelakar chuols
Quote jasmeen 25-4-2022 06:39 AM
untung laaaaaa

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.144210 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top