Penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella , 49, sama sekali tidak menjadi masalah buatnya sekiranya wajah dan penampilannya 'dituakan' bagi meningkatkan kesan lakonan.
Bekas pramugara salah sebuah pusat penerbantangan tempatan itu berkata, dia semakin kerap diberikan watak sebagai bapa, lelaki tua dan datuk miang.
"Sebagai contoh saya lakonkan watak bapa, kalau tersilap pilih pelakon yang menjadi anak itu nanti kami akan kelihatan seperti abang adik dan bukan bapa dan anak
"Kes seperti ini pernah terjadi dalam drama Cik Serba Tahu apabila saya menjadi anak kepada Ako Mustapha tetapi kelihatan seperti adik dan abang.
"Dalam cerita Bukan Gadis Biasa, saya jadi bapa saudara kepada Remy Ishak, Nazim Othman dan Mas Khan tetapi apabila berada dalam satu frame, kami nampak macam adik beradik. Jadi, rambut saya terpaksa diputihkan untuk efek uban seiring dengan watak dilakonkan," katanya.
Sebelum ini, Zarul kerap juga diberikan kepercayaan memegang watak utama namun kini situasi sudah berubah dan karakter yang ditawarkan juga hanyalah sebagai pembantu sahaja.
Pun begitu, dia menjelaskan tidak pernah mengharapkan untuk memegang watak utama saat pertama kali menceburi bidang seni lakon.
Katanya, sebagai bintang yang namanya kembali hangat selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza enam tahun lalu menyedari setiap populariti itu ada tarikh luputnya.
"Sejak awal terjun ke dunia lakonan, saya tidak mengharapkan untuk memegang watak utama. Saya sedar diri dan berpijak di bumi nyata bahawa bintang realiti itu ada tarikh luputnya.
"Selepas dua tahun, karier merudum sedikit. Bagaimanapun, saya masih terima watak hero sebagai lelaki berusia 40-an dan 50-an," katanya. -CARI
Post time 23-4-2022 08:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku tak suka content yt pasal fa dia ni..balik2 tanya soalan yg sama.aku lg suka tgk viviana cerita pasal pengalaman jd FA.lg byk input yg best dpt dari dia ni
tengok guest yg dia interview jugak... iols suka jah tgk maria tunku sabri, amy mastura and lain2 cite pengalaman masing2...
viviana kan 2 alam mmg la kelakar chuols