"Korang boleh panggil saya fat ugly bitch. Norreen badan gemuk macam bab*, gajah, tong dram, trak... semua benda boleh panggil. Perut saya pun banyak roadblock.
"Tapi jangan panggil saya Siti Bainun. Saya dan Siti Bainun jauh sekali. Ya, memang saya gemuk gila. Tinggi 171 sentimeter, gemuk pula tu. Saya punya besar kalau duduk depan kau memang terus gelap masa depan. Tapi, jangan panggil saya Siti Bainun," katanya.
Dia menegaskan perwatakan dirinya dengan Siti Bainun jauh berbeza. Norreen mengatakan dia adalah seorang wanita yang penyayang dan sukakan kanak-kanak.