Tular di Instagram penerbit Pencil Pictures And Records, Datuk Normashayu Puteh atau lebih mesra disapa Ayu Puteh gemar mengulas dan berkongsi pandangan berkaitan isu-isu yang menarik perhatiannya.
Terbaru, penerbit serba boleh ini tertarik dengan ciapan pemilik akaun Twitter @pedoqpop yang mempersoalkan sikap kaum lelaki curang, yang lebih rela memilih wanita simpanan berbanding isteri mereka yang jauh lebih cantik dan berkebolehan. Menjawab soalan yang tular di media sosial itu, Ayu memberi ulasan dan pandangannya yang tersendiri mengenai isu yang menjadi barah dalam hubungan rumah tangga masyarakat masa kini.
Meski penerbit filem Autumn In Wales ini gemar mengulas idan memberi pandangan berkaitan isu-isu yang menarik perhatiannya, Ayu akui dia bukanlah seorang ahli agama mahupun doktor jiwa tetapi lebih sekadar memberi kata nasihat yang logik semata kepada umum. Melihat perkongsiannya itu, ada segelintir pengguna media sosial ingin untuk berjumpa dengan penerbit ini untuk meminta nasihat, namun Ayu mengatakan dengan jelas dia lebih selesa berkongsi pandangan dan mencari penyelesaian secara dalam talian sahaja. Dalam akhir perkongsian Ayu di Insta-Stories nya, penerbit ini menitip pesan untuk mencari kebahagian diri perkara pertama yang perlu dilakukan adalah, berserah kepada tuhan dan selebihnya berusaha mencari kebahagian yang sesuai dengan diri. Sumber: Murai
|
sukacactus replied at 22-4-2022 05:54 AM
Banyak je aku tgk camtu
Tak perlu cantik pun utk jadi pelakor
Yg penting kena gedik, laki suka
xtravaganza replied at 21-4-2022 09:28 PM
MASAALLAH? Masalah betul
ADVERTISEMENT