Datin Paduka Eina Azman mengakui rezeki dalam bidang lakonan lebih terbuka luas buatnya pada tahun ini. Eina atau pemilik nama penuh Ainur Syakina Azman, 27, bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh pihak produksi namun mengakui perlu lebih selektif dalam memilih watak yang ditawarkan.
"Alhamdulillah, syukur kerana saya diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menggalas pelbagai watak biarpun sudah bergelar isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. "Insya-Allah saya akan cuba menjayakan apa yang ditawarkan sebaik mungkin. Namun apa pun, saya perlu bersikap lebih selektif kerana perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
"Kalau ikutkan hati memang hendak menerima semua tawaran, namun tidak senang pula rasa hendak meninggalkan suami dan anak-anak untuk tempoh lama," katanya kepada Harian Metro.
|
Joysparta replied at 22-4-2022 11:15 AM
Putih yakmat dia ni...
ADVERTISEMENT