View: 1113|Reply: 7
|
Ikut Hati Nak Terima Semua Job- Eina Azman Kena Memilih, Tak Nak Tinggal Suami Dan Anak Lama-Lama
[Copy link]
|
|
Datin Paduka Eina Azman mengakui rezeki dalam bidang lakonan lebih terbuka luas buatnya pada tahun ini.
Eina atau pemilik nama penuh Ainur Syakina Azman, 27, bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh pihak produksi namun mengakui perlu lebih selektif dalam memilih watak yang ditawarkan.
Foto: IG
"Alhamdulillah, syukur kerana saya diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menggalas pelbagai watak biarpun sudah bergelar isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.
"Insya-Allah saya akan cuba menjayakan apa yang ditawarkan sebaik mungkin. Namun apa pun, saya perlu bersikap lebih selektif kerana perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
"Kalau ikutkan hati memang hendak menerima semua tawaran, namun tidak senang pula rasa hendak meninggalkan suami dan anak-anak untuk tempoh lama," katanya kepada Harian Metro.
Eina melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang juga ahli perniagaan pada 31 Ogos 2014.
Mereka dikurniakan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kerjaya, Eina baru selesai menjalani penggambaran telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu terbitan produksi Saphire Screen arahan Eoon Shuhaini.
"Saya menjayakan watak pegawai pemasaran bernama Ayla Yanira dan turut menampilkan Ashraf Muslim selaku teraju utama. Selain itu, telefilem ini turut menampilkan Syazwan Zulkifli dan Nadia Brian.
"Telefilem terbitan Datuk Hasniza Nordin ini menjalani penggambaran di Langkawi selama seminggu dan dijadualkan bersiaran pada hari raya nanti," kata Eina. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
putih dia ni pelik cam mayat..nampam nau x sihat..padahal dulu mse memula jadi retis hitam je |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah banyak duit tetiba semakin putih-melepak.. |
|
|
|
|
|
|
|
eina ni kalau tak berlakon pon takpe sebab dia bukannya berbakat sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lawo lah ko ni tin senduk, makin buruk |
|
|
|
|
|
|
|
Fake naw ko tu pun, bukak mulut terus fail sebab skolah pun tak abis, kesian! |
|
|
|
|
|
|
|
dulu dia ni hitam dan tembam kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|