Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias, 49, bakal bergelar hero filem menerusi filem Zim Zim Ala Kazim arahan Mawi yang mula menjalani penggambaran bulan depan.
Kazim berkata, beliau sudi bekerjasama dan memberi tanggungjawab menghasilkan filem mengenai kisah dirinya itu kepada Mawi kerana yakin dengan kreativiti, hasil kerja dan sentuhannya. "Sebenarnya sebelum Mawi menyuarakan hasrat untuk membuat filem ini, saya pernah didatangi tiga orang pengarah yang menyatakan minat mereka untuk ambil cerita saya bagi difilemkan. "Bagaimanapun, mungkin belum rezeki lagi ketika itu kerana tunggu punya tunggu, tapi tak ada perbincangan selanjutnya. Malah, ada seorang pengarah itu dikhabarkan jatuh sakit," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem Zim Zim Ala Kazim, di sini, semalam.
Mengulas mengenai Mawi, beliau berkata, juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu dilihatnya sangat bersungguh-sungguh dan komited dalam mengatur perancangan untuk merealisasikan filem berkenaan.
|
Thunderclouds replied at 20-4-2022 01:42 PM
Nk tonggang ugama org xcaya dah. Sauk je la apa projek org huloq. Sila mereput.
lanacondor replied at 20-4-2022 05:46 AM
Hati kalau dh hitam berulat mcm tu la.. Mencari2 dosa org..
Mary_jane replied at 20-4-2022 03:25 PM
Keluar cerita jadi bintang filem ni so I assume sakit misteri tu dah beransur pulih lah ye. Mmm Mawi ...
MatDeghem replied at 20-4-2022 05:02 PM
Tak undang pak ostad poyo pinokio Hajjah?
missHaidiD replied at 20-4-2022 05:11 PM
Bff dia kan. Lgpun along mgkin sendu. Jadi ambik la kasi job
prince_marhaen replied at 20-4-2022 02:23 PM
ada tak scene backup anak yang menutuh nudak tahfiz? ehhh tu ustaz mana? ehh!!! scene kena sihir ada ...
ADVERTISEMENT