View: 2291|Reply: 21
|
Ustaz Kazim Berlakon, Jadi Hero Filem
[Copy link]
|
|
Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias, 49, bakal bergelar hero filem menerusi filem Zim Zim Ala Kazim arahan Mawi yang mula menjalani penggambaran bulan depan.
Kazim berkata, beliau sudi bekerjasama dan memberi tanggungjawab menghasilkan filem mengenai kisah dirinya itu kepada Mawi kerana yakin dengan kreativiti, hasil kerja dan sentuhannya.
"Sebenarnya sebelum Mawi menyuarakan hasrat untuk membuat filem ini, saya pernah didatangi tiga orang pengarah yang menyatakan minat mereka untuk ambil cerita saya bagi difilemkan.
"Bagaimanapun, mungkin belum rezeki lagi ketika itu kerana tunggu punya tunggu, tapi tak ada perbincangan selanjutnya. Malah, ada seorang pengarah itu dikhabarkan jatuh sakit," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem Zim Zim Ala Kazim, di sini, semalam.
Mengulas mengenai Mawi, beliau berkata, juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu dilihatnya sangat bersungguh-sungguh dan komited dalam mengatur perancangan untuk merealisasikan filem berkenaan.
"Saya nampak Mawi boleh bawa filem ini seperti dalam skrip yang ditulis. Saya juga yakin Mawi dapat siapkannya sebagaimana yang saya inginkan untuk disampaikan kepada penonton.
"Lagipun, pengalaman ini daripada saya dan insya-Allah saya boleh bawa watak saya sebaik mungkin dengan menjadi diri sendiri. Saya cuma harap filem ini akan diterima baik oleh penonton dan berjaya," katanya.
Selain Ustaz Kazim, filem dengan bajet sebanyak RM500,000 yang dikeluarkan Mawi itu turut menampilkan lakonan Along Cham, Syanie Hisham, Danial Zaini, Sharif Kadir, Santesh, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.
Penggambaran dijangka bermula pada 9 Mei sehingga 23 Mei depan membabitkan lokasi di Perak. Ia dijangka ditayangkan di saluran Astro First pada Oktober nanti sempena sambutan Maulidur Rasul. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk tonggang ugama org xcaya dah. Sauk je la apa projek org huloq. Sila mereput. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 20-4-2022 01:42 PM
Nk tonggang ugama org xcaya dah. Sauk je la apa projek org huloq. Sila mereput.
Hati kalau dh hitam berulat mcm tu la.. Mencari2 dosa org.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak scene backup anak yang menutuh nudak tahfiz? ehhh tu ustaz mana? ehh!!! scene kena sihir ada tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nakkomenjugak at 20-4-2022 02:33 PM
haaaa ambik watak ostat yang mengugut student dan mak ayah nyaaa yang ostat ada kabel besar, korang bukak mulut, habisssss korang atau watak ostat jenis sebelah anak wp anak sendiri buat naya anak orang
haaaa gerenti dapat anugerah pelakon lelaki terbaik
kalahhhh legend2 filem Malaya
|
|
|
|
|
|
|
|
halah3, da hilang da sakit kena buatan orang ke ostad??? |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar cerita jadi bintang filem ni so I assume sakit misteri tu dah beransur pulih lah ye. Mmm Mawi memang suka ambil Along Cham ek. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia jadi hero ke cuolls? Jgn le ustaz bagi le watak tu pada Syukri Yahya sbb paras rupa SY persis ustaz masa muda rumaja.... ekekek |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 20-4-2022 05:46 AM
Hati kalau dh hitam berulat mcm tu la.. Mencari2 dosa org..
Mungkin kerana ustad ni pun suka mencari dosa orang maka apa dia buat akhirnya berbalik pada beliau? Ada terfikir tentang ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak undang pak ostad poyo pinokio Hajjah?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 20-4-2022 03:25 PM
Keluar cerita jadi bintang filem ni so I assume sakit misteri tu dah beransur pulih lah ye. Mmm Mawi ...
Bff dia kan. Lgpun along mgkin sendu. Jadi ambik la kasi job |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah kroni.. Pusing2 pelakon yg sama je. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahha drama lagi ke..dah baik dari kena sihir ke? |
|
|
|
|
|
|
|
asal lebai filem komedi..apa tunggangan daa
baik buat mcm filem paderi selamatkan gadis kena rasuk..versi melayu isley..baru ustaz hero |
|
|
|
|
|
|
|
Oh kisahnya. Patut jadi star dalam Hantu Kuat Ketawa. Meski filem tu menguap skala 6 ye perginya.
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 20-4-2022 02:23 PM
ada tak scene backup anak yang menutuh nudak tahfiz? ehhh tu ustaz mana? ehh!!! scene kena sihir ada ...
Scene kena sihir opkosss la kena ada. nanti org lupa lak dia kena sihir. |
|
|
|
|
|
|
|
senyap je kes anak dia kt tahfiz tu yer |
|
|
|
|
|
|
| |
|