CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tiba Masa JAKIM , JAIS Tubuh Unit Khas Tangkap Orang Yang Menyihir - Caprice

20-4-2022 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1636| Komen: 4

Penyanyi rap Caprice mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menubuhkan satu unit khas untuk membanteras sihir.


Caprice berkata demikian selepas mengulas isu Cef Ammar yang mendakwa gerainya disihir sehingga terpaksa ditutup demi menyelamatkan keluarganya.


Kredit foto: IG Caprice

Kata Caprice, sikap hasat dengki seseorang itu mampu mendorong mereka melakukan perkara tidak baik walaupun berada dalam bulan Ramadan.

“Inilah salah satu masalah sikap orang kita tak boleh tengok orang lain berjaya sikit, sikap dengki sampai sanggup cari bomoh dan buat orang.


“Main sihir, buat orang, walaupun sudah tahun 2022, walaupun ini bulan puasa tapi ada yang sanggup buat kerja gila ni,” ulasnya.

Menerusi video sama, Caprice juga menegaskan sudah tiba masanya pihak tertentu memgambil serius dan juga tindakan terhadap pelaku sihir.


Kredit foto: IG Caprice

“Kalau kita orang Islam kita kena percaya rezeki masing-masing sudah ditentukan dan apa-apa yang kita nak kita hanya kena doa dan minta sahaja.

“Bagi saya, orang macam ini sudah tak ada agama dan saya pernah cadang dekat JAKIM dan JAIS sudah tiba masa kita kena buat unit khas untuk tangkap orang-orang yang sanggup sihir. Insya-Allah,” katanya.



Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan pendapat Caprice.

Terdahulu, Chef Ammar dalam sesi siaran lamgsung di media sosial memaklumkan kedai Nasi Arab miliknya di cawangan USJ 4 didakwa telah disihir dan terpaksa ditutup.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 20-4-2022 12:39 PM
Waste of time money and resources. Lg bagus wat unit khas carik jantan tagune yg lari xbg nafkah kt ank bini.
Quote nakkomenjugak 20-4-2022 12:41 PM
Halahhhhh orang memondan punnnn take time nak tangkap
ini kan pulak nak tubuhkan jkkkkkkkk ban sihir semalaya
Quote ajinomotonosuga 22-4-2022 12:18 AM
Lai baguih ban topinasik tu..cam sial je..ptuihhhh
Quote vender 22-4-2022 06:25 AM
Edited by vender at 22-4-2022 06:28 AM

topinasi ni penjilat bontot ereb ke. Nak suruh jakim jais tangkap org buat sihir? Pastu bakar ke mcm cerita merlin? Bukti nak cari kt mana?

Tubuhkan unit khas tgkp bapa yg tak bayar nafkah anak logikla sikit
Org kuat merempan mengamuk mcm cep amar ni mmg hantu yg dtg dekat dia bukan sbb sihir pun..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.216082 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top