View: 1017|Reply: 4
|
Dah Tiba Masa JAKIM , JAIS Tubuh Unit Khas Tangkap Orang Yang Menyihir - Caprice
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap Caprice mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menubuhkan satu unit khas untuk membanteras sihir.
Caprice berkata demikian selepas mengulas isu Cef Ammar yang mendakwa gerainya disihir sehingga terpaksa ditutup demi menyelamatkan keluarganya.
Kredit foto: IG Caprice
Kata Caprice, sikap hasat dengki seseorang itu mampu mendorong mereka melakukan perkara tidak baik walaupun berada dalam bulan Ramadan.
“Inilah salah satu masalah sikap orang kita tak boleh tengok orang lain berjaya sikit, sikap dengki sampai sanggup cari bomoh dan buat orang.
“Main sihir, buat orang, walaupun sudah tahun 2022, walaupun ini bulan puasa tapi ada yang sanggup buat kerja gila ni,” ulasnya.
Menerusi video sama, Caprice juga menegaskan sudah tiba masanya pihak tertentu memgambil serius dan juga tindakan terhadap pelaku sihir.
Kredit foto: IG Caprice
“Kalau kita orang Islam kita kena percaya rezeki masing-masing sudah ditentukan dan apa-apa yang kita nak kita hanya kena doa dan minta sahaja.
“Bagi saya, orang macam ini sudah tak ada agama dan saya pernah cadang dekat JAKIM dan JAIS sudah tiba masa kita kena buat unit khas untuk tangkap orang-orang yang sanggup sihir. Insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan pendapat Caprice.
Terdahulu, Chef Ammar dalam sesi siaran lamgsung di media sosial memaklumkan kedai Nasi Arab miliknya di cawangan USJ 4 didakwa telah disihir dan terpaksa ditutup.
Sumber: GEMPAK
|
|
|
|
|
|
|
|
Waste of time money and resources. Lg bagus wat unit khas carik jantan tagune yg lari xbg nafkah kt ank bini. |
|
|
|
|
|
|
|
Halahhhhh orang memondan punnnn take time nak tangkap
ini kan pulak nak tubuhkan jkkkkkkkk ban sihir semalaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Lai baguih ban topinasik tu..cam sial je..ptuihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by vender at 22-4-2022 06:28 AM
topinasi ni penjilat bontot ereb ke. Nak suruh jakim jais tangkap org buat sihir? Pastu bakar ke mcm cerita merlin? Bukti nak cari kt mana?
Tubuhkan unit khas tgkp bapa yg tak bayar nafkah anak logikla sikit
Org kuat merempan mengamuk mcm cep amar ni mmg hantu yg dtg dekat dia bukan sbb sihir pun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|