Atiq Azman, 22, mengaku tidak berniat untuk menunjuk lagak apabila dia mendedahkan mengenai perihal perlindungan insurans premium yang dibuat olehnya untuk diri baru-baru ini.
Kata Atiq, dia berkongsi perkara itu selepas ditanya oleh beberapa rakan media di sebuah majlis baru-baru ini selain mengaku ia dilakukan demi untuk tujuan keselamatan dirinya. “Tak ada niat nak berlagak. Saya memang akui memiliki insurans premium itu selepas beberapa kali mengalami insiden kemalangan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Itu pun selepas keluarga dan bising-bising sebab saya asyik jatuh motor.
“Sebetulnya, memang saya meminati sukan lasak itu dan ada motosikal berkuasa tinggi sendiri. Kali terakhir saya jatuh tempoh hari di Bukit Fraser, Pahang, sampai bahu terkehel. Ibu bapa saya risau,”katanya.
|
cicicumel replied at 20-4-2022 11:21 AM
"Tak ramai muka mcm saya "
Apa maksudnya?
AbukRokok replied at 20-4-2022 11:53 AM
saya nsem
ramai nak cintakan saya
saya pun cintakan saya
ADVERTISEMENT