Atiq Azman, 22, mengaku tidak berniat untuk menunjuk lagak apabila dia mendedahkan mengenai perihal perlindungan insurans premium yang dibuat olehnya untuk diri baru-baru ini.
Kata Atiq, dia berkongsi perkara itu selepas ditanya oleh beberapa rakan media di sebuah majlis baru-baru ini selain mengaku ia dilakukan demi untuk tujuan keselamatan dirinya.
FotoG
“Tak ada niat nak berlagak. Saya memang akui memiliki insurans premium itu selepas beberapa kali mengalami insiden kemalangan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Itu pun selepas keluarga dan bising-bising sebab saya asyik jatuh motor.
“Sebetulnya, memang saya meminati sukan lasak itu dan ada motosikal berkuasa tinggi sendiri. Kali terakhir saya jatuh tempoh hari di Bukit Fraser, Pahang, sampai bahu terkehel. Ibu bapa saya risau,”katanya.
Selain itu, kata Atiq, dia juga akur dengan keputusan pihak pengurusannya yang bertegas agar dia memiliki insurans premium tersebut demi tujuan perlindungan diri.
“Pengurusan saya pun bimbang. Malah, ada juga yang minta saya tinggalkan minat ini sebab ia sukan yang berisiko. Ada yang kata sayang, sebab tak ramai muka macam saya. Kena jagalah diri.
“Saya sebelum ini ada insurans tapi pengurusan telah bertegas untuk menambah nilai kepada premium. Bukan sebab sukan lasak itu saja, tetapi untuk kerja lakon saya juga. Berapa nilainya itu biarlah saya simpan. Cuma ya, memang ia mencecah ratusan ribu ringgit.
“Sebenarnya saya ini tak nak orang salah faham. Saya pun bukannya kongsikan ini untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Atiq menambah dia juga bakal muncul dengan siri produk penjagaan diri tidak lama lagi. -CARI
"Ada yang kata sayang, sebab tak ramai muka macam saya. Kena jagalah diri."..........ENTAH LAH DIKKKKK! Kata berangan nanti macam dengki pulak...tapi tu lah dik...bukan kategori commercial jugak pun, sekadarnya lah.
Kau bawak moto macam mana dekk?
Laki meols dari zaman hensem sampai umur nk kertu duk bawak motor berkuasa tinggi ni mcm2 model dah. Konvoi sana sini tak duk diam tak penah pulak jatuh moto(semoga sentiasa selamatlah laki meols..Amin )
Btw inilah budak yg video dia selalu muncul dlm explorer IG, duk soal jawab. Artis rupanya..igt instafemes je hahaha
Post time 20-4-2022 05:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia berlagak sebab ada insuran ke. Hello marhaen pun ada takaful, standard la pampasan dari puluh2 ke ratus ribu, dah kenapa rasa special ada caruman takaful pulak? Tak paham iols
Btw kalau nak free quotation takaful, medical card ke hibah ke saving/investment plan pm iols iols pun nak promot gak
Post time 20-4-2022 06:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Amboi amboi...ko punye statement tak jejak tanah..ape2 lah dik...selagi boleh marketkan diri...tp lain kali kalau nak bgtau muka tu unik pon bia org lain yg ckp ko takyah canang kt ig....nampak tacky disitu....