"Sedih bila kenang balik 'moment' ini. Menyesal pun ada,". Demikian komen pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad di video siaran program Wanita Hari Ini (WHI) siaran 30 Julai 2020 yang dimuat naik pengguna TikTok di platform itu.
Komen Uyaina itu mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen. "Awak cuma buat kerja awak. Jangan risau. Kita tak tahu benda nak jadi," tulis satu netizen membalas komen Uyaina.
Dalam video itu, Uyaina yang bertindak sebagai pengacara program WHI menemubual pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang hadir sebagai tetamu jemputan di episod yang membincangkan topik Berkorban Apa Saja itu. Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana Bainun mengenepikan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya. "Tetapi, untuk kekal istiqomah, kekal konsisten melakukan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sekarang ini sebab bisikan syaitan itu nyata. "Tapi, bagaimana sebenarnya Bainun mengenepikan segala tohmahan, kata-kata negatif dan buruk yang dilemparkan kepada Bainun? "Dan untuk memastikan yang anak-anak jagaan Bainun ini juga masyarakat yang mendapat kebaikan daripada perbuatan Bainun ini terus dapat dijaga?" katanya. Bainun kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan memaklumkan bahawa ramai yang menyokongnya. "Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat. "Jadi, kenapa saya nak kena fikir apa yang orang cakap. Kekuatan saya, anak-anak saya. Anak-anak saya yang OKU, setiap kali bangun pagi, senyum. "Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak sedih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh," katanya. Pada ketika itu, Bainun juga menjelaskan mengenai tiga anak-anak OKU di bawah jagaannya termasuklah remaja perempuan Sindrom Down, Bella yang disahkan sebagai mangsa dera. "Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
sleepandream: iols syak gomok ni asaskan rum ...
kiah_mai_pulak replied at 18-4-2022 09:27 PM
yg beria tersesakk esak tu pun geng politaik bainun jugakk kan? nmpak gmbr dia pun ada terselit dgn ...
sleepandream replied at 18-4-2022 06:02 PM
iols syak gomok ni asaskan rumah kebajikan utk money laundering jah
NonaNaga replied at 18-4-2022 11:06 PM
Poyo laa kau uyaina.. Benda masa ko x tau. Pun nak tulis.. Nak mencapub gak
kiah_mai_pulak: yg beria tersesakk esak tu pun ...
sleepandream replied at 18-4-2022 06:02 PM
iols syak gomok ni asaskan rumah kebajikan utk money laundering jah
ADVERTISEMENT