CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7617|Reply: 40

Siti Bainun Kata Ramai Sokong Dirinya, Uyaina Arshad Menyesal Temu Ramah Pendera Bella

[Copy link]
Post time 18-4-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode
"Sedih bila kenang balik 'moment' ini. Menyesal pun ada,".


Demikian komen pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad di video siaran program Wanita Hari Ini (WHI) siaran 30 Julai 2020 yang dimuat naik pengguna TikTok di platform itu.


Foto: IG/Tiktok




Komen Uyaina itu mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen.








"Awak cuma buat kerja awak. Jangan risau. Kita tak tahu benda nak jadi," tulis satu netizen membalas komen Uyaina.


Dalam video itu, Uyaina yang bertindak sebagai pengacara program WHI menemubual pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang hadir sebagai tetamu jemputan di episod yang membincangkan topik Berkorban Apa Saja itu.


Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana Bainun mengenepikan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.







"Tetapi, untuk kekal istiqomah, kekal konsisten melakukan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sekarang ini sebab bisikan syaitan itu nyata.


"Tapi, bagaimana sebenarnya Bainun mengenepikan segala tohmahan, kata-kata negatif dan buruk yang dilemparkan kepada Bainun?


"Dan untuk memastikan yang anak-anak jagaan Bainun ini juga masyarakat yang mendapat kebaikan daripada perbuatan Bainun ini terus dapat dijaga?" katanya.


Bainun kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan memaklumkan bahawa ramai yang menyokongnya.


"Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat.


"Jadi, kenapa saya nak kena fikir apa yang orang cakap. Kekuatan saya, anak-anak saya. Anak-anak saya yang OKU, setiap kali bangun pagi, senyum.


"Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak sedih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh," katanya.


Pada ketika itu, Bainun juga menjelaskan mengenai tiga anak-anak OKU di bawah jagaannya termasuklah remaja perempuan Sindrom Down, Bella yang disahkan sebagai mangsa dera.


"Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 06:02 PM | Show all posts
iols syak gomok ni asaskan rumah kebajikan utk money laundering jah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream: iols syak gomok ni asaskan rum ...


Gitu lah yg rmai org speku.
Die pn baik ngn ramai Politaik
Termasok yg ade yayasan berakal berbudi

Cuci cuci kuar bersih
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpyh pk sgt uyaina. Mase ni nobody know
Hang tu dah preggy
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
yg beria tersesakk esak tu pun geng politaik bainun jugakk kan? nmpak gmbr dia pun ada terselit dgn wak jahit komidi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 18-4-2022 09:27 PM
yg beria tersesakk esak tu pun geng politaik bainun jugakk kan? nmpak gmbr dia pun ada terselit dgn  ...

Wat du yu ekspek kannn
Mmg bagero puak2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 09:36 PM | Show all posts
sleepandream replied at 18-4-2022 06:02 PM
iols syak gomok ni asaskan rumah kebajikan utk money laundering jah

Ada kaitan tak dgn yg sedang berlangsung sekarang ni...???
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyo laa kau uyaina.. Benda masa ko x tau. Pun nak tulis.. Nak mencapub gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
NonaNaga replied at 18-4-2022 11:06 PM
Poyo laa kau uyaina.. Benda masa ko x tau. Pun nak tulis.. Nak mencapub gak

Pikir jugak asal retis2 ini suka mencapub? Nampak cheap nak mampus lah.

Kupu kupu itu yes sokong, tapi kadang macam mencapub over pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Uyana ni pesal femes eh terganggu dgt tgk dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kalu smp tido sekali, mana perasaan ko benonnnn boleh ko tgk bella tu luka² smp bertanda xdirawat betul². mana la org xspeku yg ko ni pelaku..adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 08:24 AM | Show all posts
kat atas tulis bella time ni baru tiga minggu dia ambik..so betul la time tu dia tgh sayang..mungkin kes yg tarik tirai tu belum berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 08:56 AM | Show all posts
kussss semangattt
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak: yg beria tersesakk esak tu pun ...



hahahahaha mana tau dpt kawen datok datok gak setelah teresak2
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:45 PM | Show all posts
jahat la dia ni.. mati ni ssh nak angkat dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
X professional langsung statement


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 18-4-2022 06:02 PM
iols syak gomok ni asaskan rumah kebajikan utk money laundering jah

Yg paling logik nya is this lah. X competent langsung pompuan ni nk buat rumah kebajikan , physically and mentally unfit
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk bainun ni kan, i curious tau. mcm mana org big size handle urusan kebersihan diri seharian ye? mcm setengah org big size i tgk tangan dia tak boleh pun nak capai bhgian belakang bdn sendiri. and mostly org badan besar kan tak boleh nampak private part sendiri kalau tunduk unless ada cermin. i bukan nak bodyshame ke apa tau, mmg genuinely curious. kalau sesapa tau maybe boleh kasi i paham
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 09:41 AM | Show all posts
ada kah kes dera ini dalam masa sama nak tutup skandal politik tertentu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 09:51 AM | Show all posts
Edited by lolita737 at 20-4-2022 09:53 AM

bila TMJ mula bersuara barulah ramai artis duk mencapub hal bella ni..kalau x artis2 ni senyap je.. samalah dengan tik tokers yg acah2 concern hal ni. baru pagi tadi nampak 1 video acik ni sound peguam benon..

nabila huda ada nampak masa mula2 kes ni dia ada update jugak kat ig story dia xsilap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.460728 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list