CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azmi Saat Terkilan Tak Dapat Sertai Misi Ke Syria Namun Sedar Kekurangan Diri

18-4-2022 11:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 637| Komen: 0|Original author: Tatod


Penyanyi Azmi Saat yang sudah menjadi duta bagi Pertubuhan Maghfirah sejak tiga tahun lalu mendedahkan dia sama sekali tidak meletakkan sebarang bayaran sepanjang tempoh menggalas tanggungjawab tersebut.

Ikhlas menjadi duta tanpa mengharapkan bayaran, pemilik nama sebenar Khairul Azmi Mohd Saat berkata pihak yayasan tetap memberikan wang saku setiap bulan bagi memudahkannya menghadiri aktiviti anjuran mereka.

"Ketika menerima tawaran ini, mereka bertanya berapa bayaran tetapi untuk aktiviti seumpama ini, saya tidak letakkan sebarang bayaran. Saya seronok apabila diberikan peluang menjadi duta.


"Walaupun saya tidak minta bayaran tetapi mereka tetap berikan wang perbelanjaan setiap bulan yang boleh saya gunakan untuk duit tambang atau duit minyak.


"Saya ingin membantu orang lain tetapi tidak tahu caranya. Apabila peluang ini datang, saya anggap ia rezeki. Saya bantu sebaik mungkin untuk war-warkan apa yang perlu di media sosial," katanya kepada Mstar.

Sebagai salah seorang duta Persatuan Maghfirah, Azmi mengakui ada terselit perasaan terkilan apabila tidak dapat menyertai misi bantuan ke Syria serta mangsa banjir kerana bimbang keadaan dirinya akan membebankan orang lain.

"Saya berusaha sebaik mungkin untuk menyertai program yang mereka anjuran sekiranya pada ketika itu saya ada masa terluang. Setakat ini boleh dikatakan banyak juga acara yang saya hadiri. Bagaimanapun, saya tidak dapat turun padang bersama-sama mereka untuk membantu mangsa banjir. Kalau saya ikut pun, saya tak dapat tolong apa-apa. 


"Ada rasa sedih mengenangkan keterbatasan hingga tak dapat serta misi bantuan itu. Kadang-kadang saya cemburu dengar orang lain ikut misi bantuan ke Syria dan luar negara. Saya pun teringin nak rasa pengalaman itu. Tapi kalau saya ikut sekali pun nanti akan menyusahkan orang.

"Tetapi, sekiranya ada pihak yang sudi mengajak saya sekali untuk sertai misi sebegitu, saya tidak menolak sebab memang teringin untuk pergi," katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.028875 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top