Usai menunaikan kewajipan solat, kita akan melipat sejadah yang digunakan bagi mengelak ia dipijak orang lain sesuka hati.
Terbaru, tular pula perkongsian seorang pengguna Twitter mengenai cara betul melipat sejadah. Bagaimanapun, perkongsiannya itu kemudian ditegur Ustaz Fahmi Rusli yang menyifatkan ia sebagai ajaran pelik. Bukan apa, bimbang ia mengelirukan orang lain sedangkan hakikatnya dari sudut hukum agama, tiada larangan pada cara lipatan tertentu. Pun begitu, ramai yang setuju dengan perkongsian individu terbabit mengenai cara betul melipat sejadah adalah melipatnya ke kanan kerana jika bahagian kaki dan kepala bertemu, ia akan membuat bahagian tempat sujud berbau busuk selain dianggap tidak beradab. Bagaimanapun, Fahmi tetap dengan pendiriannya memperbetulkan kenyataan yang tiada sandaran dari sudut agama. Namun, ada saja yang membangkang penjelasan Fahmi dan mendakwa dia sengaja memperbesarkan isu melipat sejadah itu. Bagaimana pula cara anda melipat sejadah? - CARI
|
Decaffeinated replied at 17-4-2022 05:06 PM
Kalau lipat jadi angsa halal tak?
Decaffeinated replied at 17-4-2022 05:06 PM
Kalau lipat jadi angsa halal tak?
dodolgemok replied at 17-4-2022 06:46 PM
Biasalah org Melayu ni selalu mengada adakan benda yg tiada sampaikan kalau xikut cara Melayu kira j ...
ADVERTISEMENT