CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ladies Nak Mengembara Solo? Madinah Bandar Paling Selamat!

16-4-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2331| Komen: 25

Description: Kota Suci Madinah disenaraikan pada kedudukan pertama sebagai bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo.Senarai itu berdasarkan kajian dijalankan InsureMyTrip, sebuah syarikat insurans perjal ...
Kota Suci Madinah disenaraikan pada kedudukan pertama sebagai bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo.

Senarai itu berdasarkan kajian dijalankan InsureMyTrip, sebuah syarikat insurans perjalanan yang berpangkalan di United Kingdom.


Gambar hiasan

Berdasarkan laman web syarikat itu, 84 peratus pengembara solo adalah wanita.

Bagi memenuhi keperluan mereka, satu kajian dijalankan bagi mengetahui tempat paling selamat untuk dikunjungi mereka.

Madinah didapati memenuhi kriteria bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo dengan mencapai skor markah penuh 10.


Madinah mendapat kedudukan tertinggi kerana faktor tiada serangan berdasarkan jantina dan berasa selamat berjalan bersendirian waktu malam.

Sementara itu, Chiang Mai, Thailand ialah bandar kedua paling selamat dengan skor markah 9.06.

Ia diikuti Dubai (9.04), Emiriah Arab Bersatu (UAE); Kyoto, Jepun (9.02) dan Macau, China (8.75).

Lima bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo.

1. Madinah, Arab Saudi

2. Chiang Mai, Thailand

3. Dubai, UAE

4. Kyoto, Jepun

5. Macau, China


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 16-4-2022 04:58 PM
Ingatkan Uttar Pradesh
Quote LoveSungmin 16-4-2022 04:59 PM
chiang mai dekat
Quote LoveSungmin 16-4-2022 04:59 PM
white_musk replied at 16-4-2022 04:58 PM
Ingatkan Uttar Pradesh

ni yang paling tak selamat.. banyak perogol
Quote mejaputih 16-4-2022 05:47 PM
Tp mmg peaceful bila berada di madinah...tenang sgt rasanya..kwsn pun bersih...suka jln2 di sana..
Quote star_karat 16-4-2022 11:04 PM
Abeh mekah tak selamat?
Quote TOPwind 17-4-2022 02:05 AM
LoveSungmin replied at 16-4-2022 04:59 PM
ni yang paling tak selamat.. banyak perogol

Ramai makcik2 suka kesana
Quote akusukaq 17-4-2022 10:32 AM
Macau sgt selamat., zero crime. Jalan jalan pun free shuttle.Nak free show masuk je mana mana casino. Makan halal je susah sikit, view malam lampu mcm bintang bertabur.tp duduk  dua hari dah tak tau nak kemane. Sudah nya cari ferri  ke HK jgk
Quote isseliparjepun 17-4-2022 12:01 PM
Bila la nak travel seorang diri lagi. Kalau pergi madinah, dah alang alang ke sana mesti nak bawa family sekali. Chiang Mai okay kot untuk next trip. Best thing about travelling alone is we make new friends.
Quote Wimoon 17-4-2022 07:05 PM
Baru baca dekat ig traveller perempuan ni kena kacau dgn staff kedai jual al quran dekat mekah tu.asalnya traveller tu bg no sbb senang nak contact utk urusan wakaf al quran yg dia buat.tup² org tu msg dia ajak jumpa.suruh dia dtg kedai sbb nak jumpa kenal².baca msg org tu mcm scary.tempat tenang selamat kalau takde ape² jd tp kalau jd mcm ni mesti akan timbul  rasa takut walaupun sikit.
Quote cmf_premierleag 17-4-2022 07:07 PM
Madinah?
Sbg seorang traveller yg sukakan outdoor xtvts, kat madinah nak buat apa selain beribadat??
Nak tgk sightseeing apa? Gurun pasir?
Shopping kt madinah? Beli tasbih sejadah yg made in china ?


Quote aHoi83 17-4-2022 07:29 PM
Rindu madinah n kyoto
Quote Kurex 17-4-2022 07:31 PM
Uttar pradesh, nenek dah kedut atas bawah pun dirogolnya
Quote Wimoon 17-4-2022 09:16 PM
isseliparjepun replied at 17-4-2022 12:01 PM
Bila la nak travel seorang diri lagi. Kalau pergi madinah, dah alang alang ke sana mesti nak bawa fa ...

Chiang mai best travel hujung tahun.dah masuk musim sejuk n ade cherry blossom..boleh pi dekat awan carpet..view cantik giler..kalau travel solo better ambik motor sbb tempat tourist boleh tahan jauh² semuanya.
Quote ladybugz 18-4-2022 07:29 AM
madinah al munawwarah mmg lain auranya. ketenangan yg tak terungkap dgn kata2. orang2 local disana terutama wanita2 disana juga sgt baik from my personal experience. cara menegur penuh kasih dan rasa ukhwah tu.
Quote isseliparjepun 18-4-2022 07:46 PM
Wimoon replied at 17-4-2022 09:16 PM
Chiang mai best travel hujung tahun.dah masuk musim sejuk n ade cherry blossom..boleh pi dekat awa ...

Wah thanks for sharing! Nanti nak recce2 lah
Quote Dwdrum 19-4-2022 01:38 AM
Seperti overrated saja... Banyak saja negara selamat untuk wanita solo traveller... Di mana mana saja orang baik dan jahat..selagi tahu jaga limit tidak lupa diri sehingga neglect ter utama untuk percaya strangers.. Clubbin.. Party... dadah.. dan ikut guideline dos dan donts tidak akan ada issue...
Quote angelofish 19-4-2022 02:01 AM
vetican city number berapa ?
Quote hungryhenry 19-4-2022 08:03 AM
Madinah kira2 mcm kembara di bumi anbiya gitu. So itinerari banyak ziarah tempat2 historical la kan
Quote shi_jewel 19-4-2022 08:14 AM
yang paling solo i berjalan sorang diri, di glasgow.

btw, alih2x terus dpt keluarga angkt di sana, time tu...boleh la kot jejak kasih lepas ni. dh lama tak jumpa.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.332195 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top