|
Kota Suci Madinah disenaraikan pada kedudukan pertama sebagai bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo.
Senarai itu berdasarkan kajian dijalankan InsureMyTrip, sebuah syarikat insurans perjalanan yang berpangkalan di United Kingdom. Berdasarkan laman web syarikat itu, 84 peratus pengembara solo adalah wanita. Bagi memenuhi keperluan mereka, satu kajian dijalankan bagi mengetahui tempat paling selamat untuk dikunjungi mereka. Madinah didapati memenuhi kriteria bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo dengan mencapai skor markah penuh 10.
Madinah mendapat kedudukan tertinggi kerana faktor tiada serangan berdasarkan jantina dan berasa selamat berjalan bersendirian waktu malam. Sementara itu, Chiang Mai, Thailand ialah bandar kedua paling selamat dengan skor markah 9.06. Ia diikuti Dubai (9.04), Emiriah Arab Bersatu (UAE); Kyoto, Jepun (9.02) dan Macau, China (8.75). Lima bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo. 1. Madinah, Arab Saudi 2. Chiang Mai, Thailand 3. Dubai, UAE 4. Kyoto, Jepun 5. Macau, China Sumber: Harian Metro
|

white_musk replied at 16-4-2022 04:58 PM
Ingatkan Uttar Pradesh

LoveSungmin replied at 16-4-2022 04:59 PM
ni yang paling tak selamat.. banyak perogol



isseliparjepun replied at 17-4-2022 12:01 PM
Bila la nak travel seorang diri lagi. Kalau pergi madinah, dah alang alang ke sana mesti nak bawa fa ...
Wimoon replied at 17-4-2022 09:16 PM
Chiang mai best travel hujung tahun.dah masuk musim sejuk n ade cherry blossom..boleh pi dekat awa ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.237979 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.