CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Lipat Sejadah Begini Salah, Ajaran Pelik Mana Pula Ni?

17-4-2022 03:31 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5972| Komen: 65|Original author: LilRose

Description: Usai menunaikan kewajipan solat, kita akan melipat sejadah yang digunakan bagi mengelak ia dipijak orang lain sesuka hati.Kredit foto: TwitterTerbaru, tular pula perkongsian seorang pengguna Twitter m ...
Usai menunaikan kewajipan solat, kita akan melipat sejadah yang digunakan bagi mengelak ia dipijak orang lain sesuka hati.


Kredit foto: Twitter

Terbaru, tular pula perkongsian seorang pengguna Twitter mengenai cara betul melipat sejadah.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu kemudian ditegur Ustaz Fahmi Rusli yang menyifatkan ia sebagai ajaran pelik.


Kredit foto: Twitter


Bukan apa, bimbang ia mengelirukan orang lain sedangkan hakikatnya dari sudut hukum agama, tiada larangan pada cara lipatan tertentu.


Kredit foto: Twitter

Pun begitu, ramai yang setuju dengan perkongsian individu terbabit mengenai cara betul melipat sejadah adalah melipatnya ke kanan kerana jika bahagian kaki dan kepala bertemu, ia akan membuat bahagian tempat sujud berbau busuk selain dianggap tidak beradab.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, Fahmi tetap dengan pendiriannya memperbetulkan kenyataan yang tiada sandaran dari sudut agama.



Namun, ada saja yang membangkang penjelasan Fahmi dan mendakwa dia sengaja memperbesarkan isu melipat sejadah itu.








Kredit foto: Twitter

Bagaimana pula cara anda melipat sejadah? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 17-4-2022 04:56 PM
Isu semasa ke?
Bukan ke dah lama isu ni?
Quote Decaffeinated 17-4-2022 05:06 PM
Kalau lipat jadi angsa halal tak?

Quote hanihan16 17-4-2022 05:09 PM
contoh islam mudah tapi disusah2 kan. tak lama lagi karang cara lipat telekung pun jadik isu
Quote lattehazelnut 17-4-2022 05:18 PM
Kalau sejadah dah sampai bau kaki, eloklah basuh atau hantar dobi..
Lipat mcm mana pun xde beza sbb sejadah tu mmg dipijak kaki xkisah la bhg muka atau kaki.. xpernah pulak tgk org tak pijak bhg muka..
Lipat atas bawah, lipat lg atas bawah..
Senang nak susun..
Tapi kalau utk beg semayang i lipat kanan kiri, atas bawah, atas bawah bentuk petak..
Quote Rdizz 17-4-2022 05:24 PM
Setuju dgn ustz ni, benda x salah dikata salah. Pndai2 pulak buat hukum, tapi cara lipat memanjang tu lebih baiklah jika byk org pijak sejarah dgn kaki lembab.

1 mass dulu selalu org ckp.x boleh lap.muka lepas wuduk sbb air wuduk jadi saksi kita solat. Kalau di pej  dgn basah2 pakai telekung, almt telekung cepat busuk dgn naik tait lalat. Tapi alhamdulillah kepercayaan karut tu dah x diwar2kan dah. Terpulang lah nk lap ke tak, benda harus. Serupa dgn kepercayaan karut bersalin x boleh mkn itu ini, pndai2  some melayu nk haramkan makanan yg diharuskan syarak. Ikut badan kesesuaian bdn masing2 lah.
Quote sekngucing 17-4-2022 05:25 PM
Decaffeinated replied at 17-4-2022 05:06 PM
Kalau lipat jadi angsa halal tak?

peristiwa sejadah sujud beramai ramai
Quote plywood 17-4-2022 05:29 PM
Cadangan melipat yang disampaikan melalui gambar secara benar dan salah itu yang buat orang ramai terpanggil untuk berdebat.

Pendapat biasa kita kata lipatan ini bebas tak ada benar dan salah pun. Cuma bila orang bagi reason lipat begini betul lipat begini salah, reason tu tak ada masalah, yang jadik masalahnya ialah penerimaan tentang betul dan salah tersebut


Quote Firenzza 17-4-2022 05:52 PM
Apa ke bodo beno....ko ingat kat arab tu pak arab bagi ko bawak sorang selai sejadah pg masjid? Kt lantai situ la juga ko sujud & tempat yg sama gak org dari pelusuk dunia afrika, indon  india pijak kaki tempat ko sujud
Quote tumpanglalu74 17-4-2022 06:25 PM
Orang pengotor je boley terpikey nak lipat gini..
Quote nolya 17-4-2022 06:29 PM
Decaffeinated replied at 17-4-2022 05:06 PM
Kalau lipat jadi angsa halal tak?

Tak perlulah nak berseni lipat kat sejadah tu. Benda senang kenapalah nak dirumitkan dn kemudian dijadikan persoalan.
Quote tikusmontok 17-4-2022 06:39 PM
Yatt sejadah tersenyum sinis
Quote namr 17-4-2022 06:42 PM
Aku lipat bentuk babi
Quote dodolgemok 17-4-2022 06:46 PM
Biasalah org Melayu ni selalu mengada adakan benda yg tiada sampaikan kalau xikut cara Melayu kira jadi kaper murtad sebegitu. Org Arab aman2 jah duduk atas buku kitab yg mereka belajar utk jadi alas supaya jubo mereka x kotor.
Quote mikasa 17-4-2022 06:49 PM
Menda senang kenapa nak sampai berjela2 jadi isu. Lipat ketepi mudah utk org berjalan diantara
Quote batu kikir 17-4-2022 06:56 PM
Tiada manafaat pun bincang isu yg satu senpun tarak guna. Cer umat Islam bincang mcm mana nak kuatkan ekonomi umat Islam atau mcm mana nak jadi superpower upaya bolih control dunia. Ini bincang mcm mana cara nak lipat sejadah.  Ptuihhhh.....
Quote Radzor 17-4-2022 06:57 PM
org alim triggered becoz nothing better to do
Quote syamzana 17-4-2022 07:08 PM
lipat sejadah pun ada mcm2, sejadah pun ada mcm2 jenis, madinah la naelofar la. hrga plak kalah tokey yahudi. ngok la muslim malaysia ni
Quote ChildrenOfBodom 17-4-2022 07:12 PM
Umat isele takdak kerja lain ka dari dok discuss isu bangang mcm haramjadah ni? Isu rasuah di kalangan pemimpin isele yg laknat tak pulak gatai peliaq nk discuss
Quote cmf_premierleag 17-4-2022 07:16 PM
dodolgemok replied at 17-4-2022 06:46 PM
Biasalah org Melayu ni selalu mengada adakan benda yg tiada sampaikan kalau xikut cara Melayu kira j ...

Gitu le ummah meleis ni
Bende remeh mcm ni pun nak dijadikan isu berdebat.
Padahal bangsa lain dah smpi teroka ke bulan,marikh,angkasa lepas dan dah teroka juga ke jurang mariana, lautan terdalam berkat dr hasil teknologi canggih ciptaan depa

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.132445 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top