CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Dibelasah Pelajar Dapat Pampasan Lebih RM4 Juta

16-4-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1203| Komen: 2

Seorang guru sains yang ditumbuk dan ditendang pelajarnya mendapat keadilan apabila menerima 850,000 Pound Sterling (RM4,703,921.85).

Kesatuan pengajar Nasuwt mendedahkan, guru itu menerima satu daripada pembayaran pampasan tertinggi selepas dia diserang muridnya pada 2017.


Gambar hiasan

Guru itu ditumbuk di muka dan ditendang pelajarnya itu ketika dia mengajar mata pelajaran sains di sebuah sekolah pada Januari 2017, lapor Lincolnshire Live.

Akibat serangan kejam itu, guru itu mengalami kecederaan yang mengubah hidupnya termasuk kecederaan fizikal dan psikologi.


Selain lebam dan kecederaan belakang dan buku lali, guru itu kini mengalami telinga berdesing, kehilangan pendengaran, masalah tekanan pasca-trauma (PTSD) dan kemurungan yang teruk.

Sejak serangan itu, guru itu berkata, dia tidak dapat kembali bekerja, malah pakar perubatan memaklumkan dia mungkin tidak dapat bertugas lagi kerana kecederaannya.

Pembayaran besar-besaran itu adalah sebahagian daripada pampasan 14 juta Pound Sterling (RM77.48 juta) yang dibayar kepada guru melalui kesatuan Nasuwt, pada tahun lalu.

Pampasan itu membabitkan kes-kes dialami guru termasuk pemecatan tidak adil, buli, kecederaan peribadi, diskriminasi dan sebagainya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Nasuwt, Dr Patrick Roach berkata, walaupun pampasan diberikan sebagai penghargaan dan kerugian kewangan mangsa, namun tidak dapat menampung impak dialami mangsa.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 16-4-2022 05:09 PM
Kesian dia dah tak boleh jadi cikgu.

Quote musangbodoh 16-4-2022 05:38 PM
pakar prubatan sana x goyang dgn duit

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.128458 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top