Seorang remaja lelaki, Deshant Adhikari dari Nepal dikatakan jelmaan semula dewa selepas dia tular di media sosial kerana memiliki ekor bulu.
Remaja berusia 16 tahun itu mengejutkan orang ramai dan menjadi terkenal apabila bertindak menunjukkan anyaman bulu sepanjang 70 sentimeter yang tumbuh di bahagian belakang badannya.
'Ekor' tersebut terletak dari tulang ekor yang berada di bahagian bawah kolum vertebral itu pertama kali disedari oleh kedua ibu bapanya beberapa hari selepas dia dilahirkan.
Berdasarkan laporan The Mirror, ibu bapa Deshant yang terkejut dengan perkara itu membawa Deshant ke beberapa hospital tempatan serta luar negara bagi mendapatkan rawatan.
Namun, seorang sami yang terlihat bulu itu memintalnya seakan-akan seperti ekor dan mengatakan ia adalah jelmaan semula dewa menyebabkan ibu bapa Deshant menerima kelainan yang ada pada anaknya itu.
"Sami menasihati mereka untuk tidak menyikat atau memotong ekor tersebut. Mereka kemudian membiarkan bulu itu tumbuh secara semula jadi dan berhenti mendapatkan rawatan," kata Puskar Nepal, seorang pembuat filem yang menemu bual Deshant.
Pada awalnya, Deshant mengakui malu dengan 'ekor' tersebut bagaimanapun dia akhirnya dapat menerima keadaan itu membiarkannya terjuntai keluar walaupun berada di tempat awam.
"Ada yang kata saya jelmaan Hanuman. Ada juga yang panggil Sivaji," kata Deshant. - CARI
Sumber: Daily Star & The Mirror
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Selesa ke buang air besar ada ekor berjuntai ni. Lagipun nak definisi ekor, biasanya yang boleh dikawal naik turunnya macam kat kucing / anjing yg biasa sis tgk, kalau tak mampu dikawal maknanya lebih kpd definisi bulu je la.
Apappun sukati la dik, asal tak menyusahkan hidup.