CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bawa Watak Mak Yang, Kiah Propa Tak Fikir Nak Jadi Pelakon Pun

16-4-2022 11:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4029| Komen: 19|Original author: Tatod


Pemilik nama Siti Rohkhaida Abdul Kalil atau lebih dikenali sebagai Kiah Propa satu ketika dahulu cukup dikenali sebagai seorang pengacara 'bermulut laser' yang berani bertanyakan soalan panas dalam temu bual bersama selebriti.

Wanita dikenali sebagai Kak Rock itu juga sebelum ini pernah beberapa kali terbabit dalam lakonan, namun kini dia sepenuhnya memberikan tumpuan dalam bidang perniagaan menjual kerepek dan daging dendeng.

Diberikan kepercayaan melakonkan watak sebagai Mak Yang iaitu ibu kepada Amyra Rosli dalam siri Jangan Menangis Cinta, penonton yang mengikut perjalanan cerita tersebut rata-rata memuji lakonan Kiah Propa.


Menerusi Instagram, wanita yang mempunyai diploma dalam bidang perakauan dan Sarjana Muda Komunikasi itu menjelaskan dia tidak pernah meletakan lakonan sebagai sasarannya apatah lagi dia sibuk dengan bisnes.


"Ini adalah rezeki yang Allah beri dan sudah ditetapkan. Pada aku, apabila ada peluang datangnya rezeki untuk berlakon, aku tak tolak melainkan ada hal perniagaan yang aku tak boleh elak.

"Aku pegang pada apa yang aku buat sehabis baik aku bagi. Bukan 100 peratus aku bagi 200 peratus. Apa watak pun aku bawa. Tapi sebelum ni komedi kelakar sahaja, kali ini sisi antagonis. Yang hairan, Siti Rosmizah boleh nampak bakat dan sisi lain aku.

"Tapi tak kisah siapa pun bagi job lakonan, apabila aku terima tawaran itu aku buat yang terbaik sebab aku selalu fikir peluang masa dan rezeki tak datang selalu seiring," tulisnya.

Kiah Propa turut menasihati dan berharap agar mana-mana individu yang membaca hantaran tersebut akan melakukan yang terbaik apabila rezeki tiba walaupun mungkin ada ketikanya diuji dengan dugaan.


Katanya lagi, setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh pasti disertai dengan kebaikan.

"Jangan cakap masalah, cakap penyelesaian. Sebab sampai mati masalah tak habis. Kau ingat aku tak kena tegur. Jadi pelakon, tanyalah pengarah aku. Dia yang tahu apatah lagi masa crucial.



"Orang nampak yang best sahaja. Tapi, tak apa. Pada aku itu adalah proses pembelajaran. Aku terima," tulisnya lagi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 16-4-2022 12:48 PM
lain muka dia bila kurus…
Quote aysia19 16-4-2022 01:29 PM
suka dgr kak rock ckp Perak wlaupun bingit. pernah beli dendeng dia.. memang sedap.
Quote hyie 16-4-2022 01:39 PM
sheols macam kepoh2 yang annoying gitu, malas nak tengok. Tapi masa jadi reputz melodi tv9 apakenama tu dulu, ok je...
Quote Beribear 16-4-2022 01:58 PM
Over lakonan dia dlm citer mira rosli tu. Menyampah
Quote chinchan78 16-4-2022 02:16 PM
Bak kata kwn remy dlm cite ni... mak yang mcm bonzer club ;
Suka tgk drama ni sbb chemistry remy amyra..sesuai depa dua jd laki bini dlm cite ni
Quote kukukatablog 16-4-2022 02:18 PM
hyie replied at 16-4-2022 01:39 PM
sheols macam kepoh2 yang annoying gitu, malas nak tengok. Tapi masa jadi reputz melodi tv9 apakenama ...

waktu dia interbiew diba AA terciduk diba nak menjawab....
Quote naina 16-4-2022 02:22 PM
Annoying gila perempuan ni berlakon dalam cerita tu yang jadi mak Amyra tu. Bingitnya. Habis  dia tapau suara pelakon. Pening aku dengar dan tengok drama ni. Dah kenapa bapak Amyra lembab xtau nak tegur bini. Tak bagus tak bagus untuk tontonan budak2
Quote Noraniza_Iblis 16-4-2022 02:42 PM
hyie replied at 16-4-2022 01:39 PM
sheols macam kepoh2 yang annoying gitu, malas nak tengok. Tapi masa jadi reputz melodi tv9 apakenama ...

Glaaksi chuols...
ios ingat sbb sheols je berani, interview dibah AA dgn soalan2 maut...

Quote imanjannah 16-4-2022 02:54 PM
aku suka kak Kiah ni
Quote musangbodoh 16-4-2022 06:25 PM
aysia19 replied at 16-4-2022 01:29 PM
suka dgr kak rock ckp Perak wlaupun bingit. pernah beli dendeng dia.. memang sedap.

promote le skit...ape jenamanye
Quote aysia19 16-4-2022 06:57 PM
musangbodoh replied at 16-4-2022 06:25 PM
promote le skit...ape jenamanye

tengok kat ig dia. kerepek2 dia jual pun mmg sedap tapi mahal sikit la.. wlaupun kepek ubi je pun tp lain benor dgn yg biasa beli rm10. kiahpropasebenarrr https://instagram.com/kiahpropasebenarr?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Quote Rachel_Green 16-4-2022 09:35 PM
aysia19 replied at 16-4-2022 01:29 PM
suka dgr kak rock ckp Perak wlaupun bingit. pernah beli dendeng dia.. memang sedap.

haah..memang sedap..iolls pernah beli jugak...kerepek ubi dia pon sedap..rangup.
Quote Nenasketum 16-4-2022 10:41 PM
Ok la drama ni dari drama si Pasah jadik Bagak monstrous kekonon sensual seducer berlakon ngan Nad yang kiut miut tuh.
Quote Megikari 17-4-2022 10:07 AM
Masa tengok teaser drama ni, aku excited la jugak sebab ada remi dgn amira rosli. So gigih la aku beli enovel dia sebab nak tau jalan cerita. Chehhhh, over gila drama dia, sejenis over yg tak masuk akal. Tambah pulak ending di mana semua watak jahat berubah insap tobat nasuha sekelip mata. So no tengkiu la
Quote jargon 17-4-2022 10:08 PM
chinchan78 replied at 16-4-2022 02:16 PM
Bak kata kwn remy dlm cite ni... mak yang mcm bonzer club ;
Suka tgk drama ni sbb chemistry remy amy ...

Sekitar 8,9 tahun lepas amira ni brlakon gn remy x ingt drama ape,si amira ni jd ank orka spoil brat so bapak dia nak uji dia hilangkan diri dan bgtau dia bangkrap,si amira ni jatuh miskin..masa kaya dia dok hina dok geli benci remy ishak yg kerja pelayan kedai ani sup utara dan naik moto je..pastu mcm biasa la lelama jatuh cinta sbb remy dok selamatkan amira sbb takde rmh lepas bapak dia bangkrup dan hilangkan diri..muka amira mmg brlagak typikal muka ank orka sgt…tgk2 skrg brlakon semula sama2,tukar karakter gitu
Quote chinchan78 17-4-2022 10:45 PM
jargon replied at 17-4-2022 10:08 PM
Sekitar 8,9 tahun lepas amira ni brlakon gn remy x ingt drama ape,si amira ni jd ank orka spoil br ...

Baru2 ni i ada layan cite tu.. ku cinta kau seorang tajuk cite tu .. gara2 tersuka gandingan diaorang dlm jmc terus layan drama dia org dulu2.. mmg best lh x bosan layan.. kalau amyra brlakon mmg best.. tp kna tgk sapa hero.. kalau lakinya yg jd hero cnfirm x layan..hahahaa
Amyra sejak berhijab kalau brlakon mmg boleh pegang2 ek.. tgk drama dgn remy ni mcm byk gak scene pegang2 tanpa lapik..
Quote dekmieDandy 18-4-2022 11:47 AM
famili aku sampai sekarang guna "jaga-jaga ada yang memerati" tagline si kiah propa ni

expecially time main game kad
Quote mizruncing 18-4-2022 12:52 PM
ouh dah berlakon dahh. lama x nampak dia ni
Quote awenda507 18-4-2022 02:40 PM
mmg bakau darah tgk kiah blakon jd mak. kena pulak anaknya si amira (atilia) dok bercinta dgn org tua. mmg haru la dgr dia bising2 kat anak

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051427 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top