CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Panas Hati, Hilang Pahala" – Wanita Berang Flyer Iklan Melekat Di Cermin Kereta

16-4-2022 11:39 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2110| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Amiera Anuwar


Pasti ada di antara pembaca pernah menghadapi situasi di mana ada risalah yang diletakkan di cermin kereta anda, betul tak?

Selalunya risalah seperti ini tidak menjadi masalah ketika cuaca elok kerana mudah untuk kita mengalihkannya, namun jika hari hujan, ia boleh melekat di cermin kereta dan kita akan mempunyai masalah untuk menanggalkannya.

Itu yang terjadi kepada seorang wanita dikenali sebagai Amiera apabila sehelai risalah yang diletakkan di cermin keretanya terlekat dan tidak boleh untuk ditanggalkan dengan 'elok'. 

Video itu telah dimuat naik di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video berdurasi selama 13 saat itu, kelihatan dia baru saja sampai di keretanya dan mendapati sekeping risalah telah melekat di cermin kereta.


Apa lagi, terus angin wanita ini dibuatnya. Yang menaikkan lagi kemarahan wanita ini adalah apabila kertas itu ditampal dan melekat di cermin depan keretanya. Apabila dia cuma menanggalkannya, ia tetap melekat malah meninggalkan kesan di cermin keretanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dapat relate dengan apa yang dihadapi oleh wanita ini. Selain itu, ada juga netizen yang 'takut' apabila melihat wanita ini begitu marah dan berang.  - CARI

Sumber: Tiktok Amiera Anuwar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 16-4-2022 11:55 AM
Pada i, I akan ambik tindakan undang2 dekat tuan punya restoran/tempat makanan tu, rasain, ganti windshield I
Quote Belibis 16-4-2022 12:14 PM
Ya laaahhh..ko jer ada kereta..bukan pecah pun.
Quote Normabaru 16-4-2022 01:57 PM
Post psl muka xfyp..
Post psl marah..fyp

Nmpk sgt pose ko xdidik ko bsabar..bkn koyak pecah pon..hujan or hantar je carwash hilang la nnt
Koyak mental siap up kt socmed dh kenapa?
Quote musangbodoh 16-4-2022 06:28 PM
pompuan alwayz right.....
Quote _kelly 16-4-2022 06:41 PM
kakigojes replied at 16-4-2022 11:55 AM
Pada i, I akan ambik tindakan undang2 dekat tuan punya restoran/tempat makanan tu, rasain, ganti win ...

hello, basuh pon boleh hilang bekas kertas tu
Quote kakigojes 16-4-2022 07:31 PM
_kelly replied at 16-4-2022 06:41 PM
hello, basuh pon boleh hilang bekas kertas tu

Oh ye ke sis.. huhu ampun i ingat gam macam getah pokok tu.. huhu
Quote eyansss 18-4-2022 06:07 AM
dah settle dah…  owner dah jumpa n dah settle elok2 dengan minah ni n beberapa driver yang terkesan…
Quote belacan_gurl 18-4-2022 11:28 AM
_kelly replied at 16-4-2022 06:41 PM
hello, basuh pon boleh hilang bekas kertas tu

Kenapa mesti kita basuh sendiri.... patut pergi ke kedai tu dan suruh je tokey dia cucikan
Quote _kelly 18-4-2022 11:56 AM
belacan_gurl replied at 18-4-2022 11:28 AM
Kenapa mesti kita basuh sendiri.... patut pergi ke kedai tu dan suruh je tokey dia cucikan

boleh jugak uols..asalkan happy
Quote makton 18-4-2022 12:17 PM
aku dgr dia bebel pun jadi takut
Quote azimodin 20-4-2022 10:05 AM
Aku pon x suka orang letak brochure dekat cermin. ko nak meniaga tu meniaga la, dah kenapa nak vandalize kereta orang.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.085414 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top