Tiz Zaqyah baru-baru ini memuat naik satu perkongsian di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting itu, kelihatan Tiz Zaqyah sedang 'makan' ubat roti dengan nasi. Hal ini telah menyebabkan ramai netizen yang mempersoalkan tindakan pelakon cantik ini. Siapa yang tidak geli dengan ulat ini. Nak pegang pun teragak-agak, inikan pula nak makan. Posting yang dimuatnaik itu memaparkan beberapa gambar dan video Tiz Zaqyah seolah-olah memakan ulat. Kapsyen yang ditulis oleh pelakon ini menyebabkan netizen tertanya-tanya adakah dia sanggup memakan ulat itu.
"Kudapan malam. Adakah anda sanggup meletakkan ia di dalam mulut anda? TIDAK." Menerusi ruangan komen. Rata-rata rakan artis termasuklah Tiara Jacquelina mempersoalkan mengapa Tiz Zaqyah boleh membuat keputusan untuk memakan ulat itu. Peminat juga saling berkongsi pendapat bahawa mereka sangat geli dengan ulat itu dan tidak akan sesekali memegang ulat itu. Rupa-rupanya, pelakon cantik ini tidak makan ulat roti. Semuanya hanya lakonan semata kerana gambar dan video yang dimuatnaik itu merupakan salah satu babak lakonannya dalam telemovie Sakanak yang akan ditayangkan pada hari raya nanti. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|