CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yayasan Akalbudi Sumbang RM109 Juta untuk Orang Miskin- Ahmad Zahid Hamidi

15-4-2022 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4200| Komen: 66

Kuala Lumpur: Kenyataan pendakwaan bahawa tiada satu sen pun dana Yayasan Akalbudi digunakan untuk membantu orang miskin adalah tidak benar sama sekali, demikian ditegaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Ahmad Zahid yang memberikan keterangan bela diri di mahkamah tinggi hari ini, berkata yayasan itu memberikan sumbangan kebajikan kepada golongan miskin dan sumbangan amal jariah berjumlah lebih daripada RM109 juta.

Kata Ahmad Zahid, jumlah RM109 juta itu adalah sebahagian sahaja daripada sumbangan yayasan yang diasaskannya manakala sebahagian lagi tidak disenaraikan kerana beliau berpegang kepada prinsip 'tangan kanan beri, tangan kiri tidak tahu'.


Foto: Harian Metro


"Di hari Jumaat ini, saya tidak mahu menyanggah sebarang pernyataan mana-mana pihak sebagaimana prinsip saya pegang, iaitu kalau tangan kanan beri tangan kiri tidak perlu diketahui.

"Apabila senarai D5 dan D6 (senarai sumbangan Yayasan Akalbudi) dikemukakan pada Yang Arif (hakim), saya beri pengakuan, bahawa penyataan tiada satu sen diberi untuk menolong orang miskin, adalah tidak benar.

"Saya mahu keadilan diberikan kepada saya kerana sumbangan ini saya masukkan dengan tujuan hati yang baik, adakah ini sesuatu yang harus dimalukan, diaibkan, dizalimi kepada saya. Ini mungkin disebabkan kelemahan teknikal setiausaha syarikat, tetapi dari segi niat, saya lakukan kerana Allah SWT semata-mata," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal pada sesi pemeriksaan utama.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dalam pernyataan pembukaan pada 18 November 2019 berkata, pendakwaan akan membuktikan tiada satu sen daripada RM31 juta dana Yayasan Akalbudi digunakan bagi membantu orang miskin, sebaliknya tertuduh membelanjakan bagi kepentingan diri sendiri, termasuk pembayaran kad kredit.

Katanya, pendakwaan juga akan membuktikan dana yayasan sama dibelanjakan Ahmad Zahid bagi membeli insuran kenderaan dan lesen motor persendirian.

Dalam prosiding bela diri hari pertama Rabu lalu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, antara sumbangan Yayasan Akalbudi khususnya di kawasan itu termasuk Ihya' Ramadan untuk golongan fakir, asnaf, anak-anak yatim, penambahbaikan dan penambahan bangunan baharu Surau Kampung Parit 25 dan pembinaan Masjid Tuminah Hamidi.

Beliau berkata, selain tujuan kebajikan, ia turut disalurkan bagi pembinaan masjid di Yunan, China yang menelan kos RM3.8 juta dan pengubahsuaian masjid lama berusia 400 tahun di perkampungan Melayu di Cape Town, Afrika Selatan yang menelan kos lebih RM4 juta.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, ia turut membiayai kos pengubahsuaian gereja lama yang dibeli komuniti Islam di Perth, Australia untuk dijadikan masjid; bagi percetakan Al-Quran untuk diedarkan ke negara minoriti Islam; pembinaan dataran Masjid Tuminah Hamidi (yang masih dalam proses pembinaan); dan disalurkan kepada keluarga kaum Cina dan India sempena perayaan Deepavali dan Tahun Baharu Cina.

Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan tuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 23 Mei ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 15-4-2022 03:37 PM
har har har har har har har har....... siapa percaya dia bodo
Quote stingerkaypoh 15-4-2022 03:46 PM
Fail bertimbun tersenyum sinis. Semak la dgn isu akal budi ko ni…
Quote Meiizu 15-4-2022 03:49 PM
109juta ye keee...10juta pun takpenah dgr donation tu
Quote aznizazzadele 15-4-2022 03:54 PM
wahhh ... semua sumbangan kat obersea ye
Quote eyansss 15-4-2022 04:06 PM
kerana beliau berpegang kepada prinsip 'tangan kanan beri, tangan kiri tidak tahu'.


tu kalau pakai duit sendiri la ngok…  kalau pakai hasil derma dan sumbangan, kena la bagitau n siap kena ada rekod untuk audit…
Quote missyL 15-4-2022 04:08 PM
Yela tuuuuu
Padahal politicians bg beras sekampit pn ltk muka memasing amek gmbo berpuluh snap vid lg
109 juta tgn kiri  xthu??? Puiii oi
Quote Belibis 15-4-2022 04:16 PM
Tangan kanan merembat,tangan kiri pun rembat..lebih sesuai rasanya..
Quote kaseh80 15-4-2022 04:40 PM
Ye la tu Wak
Quote totokreturn. 15-4-2022 04:57 PM
mulia nya dia, alhamdulilah
Quote Tinot7 15-4-2022 05:03 PM
Byk duit.. patut la soping sakan..
Ni yayasan cuci duit ka?
Quote miznora 15-4-2022 05:08 PM
Kemain kalau tgn kanan beri tgn kiri tak perlu tau.. Aku nak gelak guling2 untuk puak2 politik ni. Kalau bole gambar pad pun nak letak muka diorang puiii
Quote shernazz 15-4-2022 05:48 PM
Sebab tangan.kiri tak.tau la.tu.boleh bagi kegunaan peribadi
Quote ninja9 15-4-2022 05:59 PM
Belibis replied at 15-4-2022 04:16 PM
Tangan kanan merembat,tangan kiri pun rembat..lebih sesuai rasanya..

hahaha               

Quote n3ar 15-4-2022 06:09 PM
Ye la tu wak.... Cerita komedi dgn yayasan takde akal kau tu
Quote apex 15-4-2022 06:15 PM
Semoga yg menerima derma tersebut tampil menjernihkan suasana..wkwkwkw..
Quote Firenzza 15-4-2022 07:07 PM
Apa la wak jahit nih....ko ckp bagi derma tgn kiri x tau...patutnya ko diam jer la bila loyer ko tnya psl derma tu sbb x nak riak, bpngkak dan membongak
Quote xy_daen 15-4-2022 08:09 PM
Hahaha geli ketiak aku...
Quote Minami2013 15-4-2022 08:19 PM
Ya la sangat.. kenapa nk ber yayasan kalo dah tak nak tangan kanan beri tangan kiri tak tahu.
Quote hyie 15-4-2022 10:06 PM
gitulah cara politician memanipulasi pemikiran acik2 di kampung dan kawasan ceruk yang takda akses sumber yang terbuka. So that boleh menang pru blablabla. Namun acik2 urban atau acik2 porem yang dah faham konsep ini pasti flip hair sajork dengan statement heshe.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.051260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top