Bagi mereka yang selalu meluangkan masa di aplikasi TikTok, anda mungkin pernah mendengar lagu berjudul Mesaytara di halaman "For your page" dan lagu itu biasanya dimainkan dalam pelbagai jenis video. Petikan dari Gulf News, lagu tular yang dinyanyikan oleh Lamis Kan ini dikatakan menjadi salah satu punca penceraian yang berlaku di beberapa negara di timur tengah dan ada juga yang mengatakan itu adalah lagu "sumpahan".
Difahamkan, ada majlis perkahwinan di Baghdad yang berakhir dengan penceraian ketika dalam majlis itu berlangsung apabila isteri memilih lagu Mesaytara untuk diperdengarkan oleh orang ramai yang datang ke majlis itu. Jadi, kenapa sampai ada kes bercerai yang dikatakan berpunca dari satu lagu? Sebenarnya, perkataan "mesaytara" apabila diterjemahkan ia bermaksud "saya dominan" yang dalam lirik itu memberitahu bahawa si isteri berkuasa dan mampu mengawal suami. Sudah tentu, si suami berasa malu dan tercabar kerana mereka seolah-olah mereka dikatakan "takut" dengan isteri. - CARI
|
seri_mawr replied at 15-4-2022 04:53 PM
sedap gak lagunya...
hahhaa...
.tapi rasanya klu lelaki kat malaysia ok jek wife buh lagu ni kat der ...
Loyalty and Respect goes both ways. If they don't return it they don't deserve it.
iraizz replied at 15-4-2022 11:36 PM
Haha konsep jantan kat malaysia, beras kita beli..
ADVERTISEMENT