View: 2352|Reply: 16
|
Banyak Kes Cerai Berlaku Hanya Kerana Lagu Sumpahan Ini Tular Di TikTok!
[Copy link]
|
|
Bagi mereka yang selalu meluangkan masa di aplikasi TikTok, anda mungkin pernah mendengar lagu berjudul Mesaytara di halaman "For your page" dan lagu itu biasanya dimainkan dalam pelbagai jenis video.
kredit foto: SLD
Petikan dari Gulf News, lagu tular yang dinyanyikan oleh Lamis Kan ini dikatakan menjadi salah satu punca penceraian yang berlaku di beberapa negara di timur tengah dan ada juga yang mengatakan itu adalah lagu "sumpahan".
Di negara Syria, seorang wanita diceraikan oleh suaminya kerana dia merakam suaminya yang sedang mencuci pinggan dan video itu dimuat naik ke video sosial TikTok, wanita itu menggunakan lagu "Mesaytara" dalam video tersebut. Perkara yang sama di negara lain iaitu Jordan dan Iraq, juga ada kes penceraian yang agak sama apabila si isteri merakam suami membantu melakukan kerja rumah untuk dimuat naik ke TikTok.
Difahamkan, ada majlis perkahwinan di Baghdad yang berakhir dengan penceraian ketika dalam majlis itu berlangsung apabila isteri memilih lagu Mesaytara untuk diperdengarkan oleh orang ramai yang datang ke majlis itu.
Jadi, kenapa sampai ada kes bercerai yang dikatakan berpunca dari satu lagu? Sebenarnya, perkataan "mesaytara" apabila diterjemahkan ia bermaksud "saya dominan" yang dalam lirik itu memberitahu bahawa si isteri berkuasa dan mampu mengawal suami.
Sudah tentu, si suami berasa malu dan tercabar kerana mereka seolah-olah mereka dikatakan "takut" dengan isteri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sedap gak lagunya...
hahhaa...
.tapi rasanya klu lelaki kat malaysia ok jek wife buh lagu ni kat derang tgh buat kerja rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
Vangangnya laki baghdad tu..pasal lagu je |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah ini ilmu sihir yang diajar oleh malaikat karut-marut Harut dan Marut untuk memisahkan ikatan suami isteri? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi memang kau nak cerai kan? Takde lagu pun memang nak cerai |
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr replied at 15-4-2022 04:53 PM
sedap gak lagunya...
hahhaa...
.tapi rasanya klu lelaki kat malaysia ok jek wife buh lagu ni kat der ...
Haha konsep jantan kat malaysia, beras kita beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi lagu ni catchy. Best je dgr camna tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Loyalty and Respect goes both ways. If they don't return it they don't deserve it.
kalau kau hormat orang, tapi orang tak hormat ko,
draw the line. that's your limit. if they still cross the line,
respect yourself, and know when to walk away
tak payah terhegeh-hegeh. tak payah banyak cakap, blah je
orang tak mau hormat ko, at least ko tau hormat diri sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cucutokwan89 at 16-4-2022 02:15 AM
Lemah
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak sgt tunjuk laki ko bawah tapak kaki ko.
Padanla muka |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut lagu tu bukan konsep dominant laki takut bini tapi more tu bini obsessed dengan tok laki sampai tak bagi tengok pompuan lain
Catchy lagu nya, sedap jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alinone78 at 19-4-2022 11:28 AM
mendapat. lirik tu buat laki hangin jahh. patutnya rakam laki buat kerja rumah, ko bubuh la lagu tamally ma''ak amr diab tu ke, nour el sham tu ke. Baru la lepas tu kembang kuncup laki ko terus semua kerj arumah dia tolong
|
|
|
|
|
|
|
|
jika binee tu kaya raya dan cantik tak diceraikan pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum apa2 nak control laki. Silap2 nak goreng telur pun tak tahu. Nanti nak buat sex sebok mati putik. Dah tu nak sakit2 jiwa bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 yg kata somi dia ok dgn lagu ni, pi balik rumah check surat beranak , tulis lelaki ke jantina lain?
hanya lelaki dayus je feeling2 ok dgn lagu ni |
|
|
|
|
|
|
|
beras kita beli konon....tapi brand beras mesti wife yang pilih....hahahaha...
tapi silap2...beras kita beli duit bini kasi...huhu...bukan ye sgt...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|