CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Samun Adik Di Lebuhraya, Ugut Tarik Semula Kes Cabul

15-4-2022 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1816| Komen: 9

Jurujual kedai emas cedera pada anggota badan selepas disamun abang kandungnya dalam satu kejadian di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran sebuah stesen minyak di George Town semalam.


Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi ketika wanita berusia 21 tahun itu menunggang motosikal sebelum tiba-tiba kenderaanya ditendang suspek.

Difahamkan, mangsa kemudian terjatuh sebelum suspek berusia 31 tahun itu merampas telefon bimbitnya dan mengarah dia mengikutnya ke stesen minyak berhampiran.


Gambar hiasan

Sebaik tiba di stesen minyak itu, mangsa pergi ke tandas sebelum meminta bantuan pekerja di sana untuk menghubungi keluarganya, namun sebaik keluar mereka mendapati suspek telah melarikan diri.


Difahamkan mangsa kerugian hampir RM5,000.

Bertindak atas maklumat dan laporan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya mengesan dan memberkas suspek pada jam 5.11 petang di Desa Permai Indah.

Berdasarkan siasatan, polis mendapati suspek telah didakwa di mahkamah atas dakwaan mencabul mangsa pada Februari lalu dan kini sering mengganggu adiknya agar menarik semula kes tersebut.

Suspek merupakan penagih dadah dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat esok manakala mangsa pula telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut memuat naik laporan berhubung kejayaan D9 IPD Timur Laut yang berjaya menyelesaikan kes samun mendatangkan kecederaan dalam tempoh kurang 24 jam. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 15-4-2022 03:22 PM
elok2 ko hadap 355kk dah tambbah pulak 394kk

bodoh punya penagih
Quote Mini.Me 15-4-2022 11:51 PM
Jahanam punya abang.!! Neraka laa tempat ko selayaknyaa
Quote tikusmontok 16-4-2022 05:55 AM
Abang setann
Quote zehra2 16-4-2022 06:12 AM
elok bg mkn racun je masa mendadih.. tkde mak bapak ke..
ni mesti jenis menangkan anak lelaki je
Quote renko 16-4-2022 09:26 AM
macam sial betul perangai
Quote nononcrux 16-4-2022 10:05 AM
tembak je lah mampos org mcm ni aman dunia
Quote krustykrab 16-4-2022 11:09 AM
9 akal yg ada pun tak mampu nk guna
Quote jazaa100 16-4-2022 11:20 AM
zehra2 replied at 16-4-2022 06:12 AM
elok bg mkn racun je masa mendadih.. tkde mak bapak ke..
ni mesti jenis menangkan anak lelaki je

Ada.....

Sbb tu mangsa mintak pekerja stesesn minyak hubungi kuarga....

Tapi biasalah....mangsa kan pompuannn......
Quote takayama 16-4-2022 11:25 AM
patut jgnlah bebaskan hr tu smp settle kes cabul
dahlah mangsa adik sendiri sure selalu terserempak etc
moga abg dia ni mati ajelah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034976 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top