Bad Indigo yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) kini terpaksa menggunakan 'walker' sebagai alat bantuan untuk berjalan sejak Oktober tahun lalu.
Ia selepas Bad, 47, atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menjalani prosedur memotong semua jari kaki kiri akibat diabetis sejak Mac tahun lalu. "Mulanya jari kecil dulu kena potong. Kemudian tiga jari lagi selepas sebulan dan terakhir ibu jari pada September tahun lalu. Sekarang semua jari kaki kiri sudah tidak ada. Disebabkan itu, ia membataskan pergerakan saya dan perlu menggunakan 'walker' yang turut berfungsi seperti kerusi roda. "Sejak itu pergerakan saya sangat terbatas dan memenatkan apabila bergerak. Ini kerana saya banyak menggunakan kaki kanan untuk menampung badan. Sekarang lutut kanan saya pun sudah sakit.
"Saya seperti akan menggunakan kerusi roda juga nanti sebab kaki ini banyak tekanan hingga mengakibatkan luka selalu terbuka," katanya kepada Harian Metro. Bad yang juga suami kepada penyanyi Ashira Aziz berkata, dia perlu membersihkan luka di kaki atau 'dressing' selang sehari. "Apa yang menjadi masalah sekarang apabila banyak juga tempat yang tidak mesra OKU. Jadi susah untuk saya bergerak. Namun, susah macam mana pun, apa yang penting kena senyum. Ini kerana Allah Maha Adil, jadi ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah," katanya.
|
mamajawie replied at 15-4-2022 11:50 AM
Allahuakbar..takziah buat bad n ashira..untuk ashira udah2 la kumpul duit nk gi menyanyi kat us tu.. ...
MatDeghem replied at 15-4-2022 12:32 PM
setart lah buat lagu , lirik or skrip. dapat hasil juga. dan kalau bagus boleh jadi macam M Nasir... ...
zuri154: Patutnye persatuan artis dah s ...
minahmanja replied at 15-4-2022 12:40 PM
iols baru tgk kat ig dia.. dia mmg dh lepas kan chance gi us tu.. now rasa mcm dia nyanyi kat club ...
hotmak replied at 15-4-2022 02:27 PM
bad ni tak jaga makan kot ye, wlu sakit mesti tak pantang ni adoi lah umur muda lg, moga dipermudahk ...
Orix replied at 15-4-2022 03:56 PM
xde amek insurans ke ms sihat dlu
anony-mous replied at 15-4-2022 04:13 PM
Mcm mana nk tau jaga pantang ke x?
doubleA replied at 15-4-2022 04:21 PM
Iols rasa maksud @hotmak tu once dah ada diabetic, kena makan ubat atau insulin pesakit akan jaga ...
ADVERTISEMENT