CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5617|Reply: 49

Semua Jari Kaki Kiri Bad Indigo Dah Kena Potong

[Copy link]
Post time 15-4-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Bad Indigo yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) kini terpaksa menggunakan 'walker' sebagai alat bantuan untuk berjalan sejak Oktober tahun lalu.


Ia selepas Bad, 47, atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menjalani prosedur memotong semua jari kaki kiri akibat diabetis sejak Mac tahun lalu.


Foto: IG




"Mulanya jari kecil dulu kena potong. Kemudian tiga jari lagi selepas sebulan dan terakhir ibu jari pada September tahun lalu. Sekarang semua jari kaki kiri sudah tidak ada. Disebabkan itu, ia membataskan pergerakan saya dan perlu menggunakan 'walker' yang turut berfungsi seperti kerusi roda.


"Sejak itu pergerakan saya sangat terbatas dan memenatkan apabila bergerak. Ini kerana saya banyak menggunakan kaki kanan untuk menampung badan. Sekarang lutut kanan saya pun sudah sakit.


"Saya seperti akan menggunakan kerusi roda juga nanti sebab kaki ini banyak tekanan hingga mengakibatkan luka selalu terbuka," katanya kepada Harian Metro.








Bad yang juga suami kepada penyanyi Ashira Aziz berkata, dia perlu membersihkan luka di kaki atau 'dressing' selang sehari.


"Apa yang menjadi masalah sekarang apabila banyak juga tempat yang tidak mesra OKU. Jadi susah untuk saya bergerak. Namun, susah macam mana pun, apa yang penting kena senyum. Ini kerana Allah Maha Adil, jadi ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah," katanya.


  



Dalam masa sama, Bad berkongsi dia ada mendapat bantuan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi program Jalinan Kasih, baru-baru ini.


"Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum dapat lagi sebab saya belum lengkapkan borang. Alhamdulillah, baru-baru ini dapat sumbangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.


  



Terdahulu, Bad dilaporkan memohon status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menjalani beberapa prosedur memotong jari kaki kiri. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 11:50 AM | Show all posts
Allahuakbar..takziah buat bad n ashira..untuk ashira udah2 la kumpul duit nk gi menyanyi kat us tu..bek kumpul duit untuk tampung hidup chuollss
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 11:56 AM | Show all posts
Semoga Ashira tabah... dan Bad dipermudahkan urusan kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:32 PM | Show all posts
setart lah buat lagu , lirik or skrip. dapat hasil juga. dan kalau bagus boleh jadi macam M Nasir..... kan

atau cari keje online tak payah jadi penyanyi indigo. orang takmo tengok penyanyi yang sakit.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:40 PM | Show all posts
mamajawie replied at 15-4-2022 11:50 AM
Allahuakbar..takziah buat bad n ashira..untuk ashira udah2 la kumpul duit nk gi menyanyi kat us tu.. ...

iols baru tgk kat ig dia.. dia mmg dh lepas kan chance gi us tu.. now rasa mcm dia nyanyi kat club ke mana tah.. tp kat ig dia mmg tkde post pasal bad ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:41 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 15-4-2022 12:32 PM
setart lah buat lagu , lirik or skrip. dapat hasil juga. dan kalau bagus boleh jadi macam M Nasir... ...

Skrg dia buat keje marketing satu company ni. Bukan duduk goyang2 kaki je

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnye persatuan artis dah start teach retis2 cara nk generate as youtuber ke, tiktok ke if artis tu x bole nk keje secara fizikal. Cth mcm kes bad ni. Kalau ada org ajar dia camne nk generate income thru online, at least dia bole ada income. Lagi2 artis2 lama yg x biasa dgn teknologi. Mgkn dorg reti kot nk tgk youtube, tiktok tp blum tahu cara nk buat content. X mcm bbnu, celik mata content bersepah kt socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
zuri154: Patutnye persatuan artis dah s ...

Zed Zaidi dah canang sana sini ajar geng artis jana income guna tiktok kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bad ni tak jaga makan kot ye, wlu sakit mesti tak pantang ni adoi lah umur muda lg, moga dipermudahkan urusan dorang suami isteri
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 02:28 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan cuma nak pesan pepatah Melayu ada kata rezeki tak datang bergolek.. Kena usaha, ikhtiar, doa & tawakkal..  
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 03:41 PM | Show all posts
minahmanja replied at 15-4-2022 12:40 PM
iols baru tgk kat ig dia.. dia mmg dh lepas kan chance gi us tu.. now rasa mcm dia nyanyi kat club ...

oh yeke?ke ashira da berantakan dengan bad?

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 03:56 PM | Show all posts
xde amek insurans ke ms sihat dlu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 15-4-2022 02:27 PM
bad ni tak jaga makan kot ye, wlu sakit mesti tak pantang ni adoi lah umur muda lg, moga dipermudahk ...

Mcm mana nk tau jaga pantang ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi umur 47 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
keturunan kut….nasib baik mata ok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 15-4-2022 03:56 PM
xde amek insurans ke ms sihat dlu

Macam tak. Ada je retis ambik insuran kesihatan byr bulan2 tu contoh acid ekamatra, dia cakap tu salah satu financial planning dia, konsisten bayar tup2 pernah kena operate jantung mujur ada insuran. Selamat la saving. Byk org tak aware anggap rugi bayar medical card kalau tak guna, konon lebih baik simpan kt simpanan. Tapi malang tak berbau ye kawan2, bila ada medical card guna utk medical saving terjamin tak kacau. Kalau kena bayar medical bills guna saving tu tak bijak namanya. Pm iols kalau nak tanya pasal insuran(takaful) iols sedia membantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 15-4-2022 04:13 PM
Mcm mana nk tau jaga pantang ke x?

Iols rasa maksud @hotmak tu once dah ada diabetic, kena makan ubat atau insulin pesakit akan jaga makan utk kawal gula dlm darah tu, tapi kalau tak kawal tu yg jadi lebih teruk sampai kena potong kaki. Gitu kot. Kalau kawal mkn, gula stabil inshaAllah tak la sampai major surgeri
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah bad, dari satu jari habis ke semua 5 jari. Memang nampak uzur dia sebab sakit. Semoga murah rezeki, iols rasa dia pun struggle tu dan masih berusaha cari rezeki. Mungkin benda jadi cepat dan menimpa2 + covid lagi jadi struggle la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga
.
.
Ohh perasaan Ashira private ig dia ya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 15-4-2022 04:21 PM
Iols rasa maksud @hotmak tu once dah ada diabetic, kena makan ubat atau insulin pesakit akan jaga  ...

Oo risau pulak sb i klau pregnant mesti sangkut gula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.089197 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list