Hasrat Eyka Farhana membintangi drama negara seberang, Indonesia terpaksa dilupakan. Tawaran naskhah adaptasi drama Hollywood, Pretty Little Liars musim ketiga itu terpaksa ditolak pelakon kecil molek berkenaan ekoran pandemik COVID-19.
"Sepatutnya, saya menjayakan sambungan Pretty Little Liars musim ketiga, tahun lalu. Namun, sempadan negara belum dibuka, jadi saya terpaksa menolak. "Syarikat produksi pula mengatakan jadual tidak boleh ditukar kerana semuanya sudah diatur. Jadi, tidak tahu macam mana nak buat, saya pun sudah cuba pelbagai cara.
"Tambah lagi, saya sedang menjayakan penggambaran drama bersiri Dukun Diva, tetapi pihak produksi melepaskan saya untuk ke Indonesia. Malangnya, kerajaan masih tidak membenarkan kita ke luar negara," katanya kepada BH Online. Nak buat macam mana lagi, terpaksalah dilepaskan peluang keemasan itu. "Secara jujurnya, saya kecewa sangat. Ia adalah satu daripada impian untuk berlakon di Indonesia. "Jadi, apabila mendapat peluang pasti saya mahu teruskan, apatah lagi, drama Pretty Little Liars akan bersambung sehingga musim kelima. "Disebabkan rasa kecewa, saya tidak keluar bilik selama seminggu. Namun, apabila saya fikir balik, mungkin ada rezeki lain. Jadi, kalau diberikan tawaran lagi untuk berlakon di Indonesia, saya tidak akan menolak," katanya memaklumkan watak Ema dalam Pretty Little Liars 3 itu terpaksa digantikan dengan pelakon Caitlin Halderman. Bersabarlah Eyka, mungkin ada rezeki lebih baik menanti. - CARI
|
Myhappyending replied at 15-4-2022 09:52 AM
Ade citer pretty little liars versi indon ke
MissVixen replied at 16-4-2022 02:47 PM
Pelakon indon banyak yang cantik2. Buat apa ambik dia ni
ADVERTISEMENT