CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2647|Reply: 15

Semiggu Eyka Farhana Tak Keluar Bilik, Kecewa Terpaksa Tolak Drama Seberang

[Copy link]
Post time 14-4-2022 07:02 AM | Show all posts |Read mode
Hasrat Eyka Farhana membintangi drama negara seberang, Indonesia terpaksa dilupakan.


Tawaran naskhah adaptasi drama Hollywood, Pretty Little Liars musim ketiga itu terpaksa ditolak pelakon kecil molek berkenaan ekoran pandemik COVID-19.




Kredit foto: IG



"Sepatutnya, saya menjayakan sambungan Pretty Little Liars musim ketiga, tahun lalu. Namun, sempadan negara belum dibuka, jadi saya terpaksa menolak.

"Syarikat produksi pula mengatakan jadual tidak boleh ditukar kerana semuanya sudah diatur. Jadi, tidak tahu macam mana nak buat, saya pun sudah cuba pelbagai cara.

"Tambah lagi, saya sedang menjayakan penggambaran drama bersiri Dukun Diva, tetapi pihak produksi melepaskan saya untuk ke Indonesia. Malangnya, kerajaan masih tidak membenarkan kita ke luar negara," katanya kepada BH Online.


Nak buat macam mana lagi, terpaksalah dilepaskan peluang keemasan itu.




Kredit foto: IG



"Secara jujurnya, saya kecewa sangat. Ia adalah satu daripada impian untuk berlakon di Indonesia.

"Jadi, apabila mendapat peluang pasti saya mahu teruskan, apatah lagi, drama Pretty Little Liars akan bersambung sehingga musim kelima.

"Disebabkan rasa kecewa, saya tidak keluar bilik selama seminggu. Namun, apabila saya fikir balik, mungkin ada rezeki lain. Jadi, kalau diberikan tawaran lagi untuk berlakon di Indonesia, saya tidak akan menolak," katanya memaklumkan watak Ema dalam Pretty Little Liars 3 itu terpaksa digantikan dengan pelakon Caitlin Halderman.




Kredit foto: IG




Bersabarlah Eyka, mungkin ada rezeki lebih baik menanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 08:15 AM | Show all posts
cena ibu hetty koes bleh lepas elok je , ka dia mmg menetap kt mesia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang lain elok je keluar masuk bilil
Keluar masuk Malaysia

Dia takde social media ke tak pandai google
Atau kena scam by manager dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahh.. Cerita bila Kerajaan x benarkan ke luar negara ni? Last year ya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade citer pretty little liars versi indon ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni berita thn bila ni oi tt?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
rasanya bukan musim ketiga tapi musim kedua yg dia terpaksa tolak tu..tahun lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 11:18 AM | Show all posts
betoi gak buk hety elok je kuar masuk hahahhaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 01:02 PM | Show all posts
Nak masuk malaysia senang, masuk indonesia susah
mcm kes hetty, dia warganegara, senanglah masuk sana
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Myhappyending replied at 15-4-2022 09:52 AM
Ade citer pretty little liars versi indon ke

Ada...even gossip girl pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
iols suka gak layan pretty little liars ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon pengganti eyka berdialog dlm bm
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 01:10 PM | Show all posts
maybe masa mula penggambaran tu, masa tengah gomen tak bagi keluar masuk negara. Buk hetty masuk mesia lepas dibenarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon indon banyak yang cantik2. Buat apa ambik dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 16-4-2022 02:47 PM
Pelakon indon banyak yang cantik2. Buat apa ambik dia ni

Tapi yang semua yg berlakon dalam pretty little liars tu pun x berapa cantik. Eyka ni paling cantik
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada tengok dia berlakon dgn adey

Drama kat tv 3

Biasa je muka dia tapi dlm ig kemain wow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046973 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list