|
Pelakon Cinta Laura, 28, cukup teruja apabila melakonkan babak bercium dengan pelakon Jerome Kurnia, 28, di dalam siri terbaharu mereka, Daniel & Nicolette.
Cinta Laura berkata, teknik ciuman Jerome sangat menarik baginya walaupun mereka baharu kali pertama bergandingan melakonkan babak romantik dan mesra dalam siri itu. "Sebagai pelakon, saya pernah melakukan babak romantik dan mesra bersama pelakon lain sebelum Jerome. Tapi, dengan dia (Jerome) babak ciumannya masih saya tidak lupa. "Teknik ciuman Jerome sangat hebat dan menarik," katanya ketika menjadi tetamu undangan dalam program TS Media, baru-baru ini.
Cinta Laura yang cukup dikenali menerusi sinetron Upik Abu dan Laura serta Air Mata Cinta, sebelum ini pernah melakonkan babak romantik dan mesra bersama pelakon Herjunot Ali dan Angga Aldi Yunanda. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.489295 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.