Tujuh bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Ariff Bahran berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut Bahran, kandungan isterinya Amirah Syazwani Ridzwan kini sudah mencecah enam bulan. "Saya menunggu waktu terbaik untuk kongsikan berita gembira ini kepada rakan-rakan. "Alhamdulillah... jika ada rezeki dan tiada aral melintang, saya akan menjadi seorang ayah," ujarnya. Dalam masa sama, Bahran turut meluahkan rasa teruja dan gementar untuk menyambut kelahiran anak sulungnya yang dijangka lahir Julai depan.
Dia juga bersyukur, isterinya tidak mengalami sebarang alahan atau masalah kesihatan sepanjang kehamilan.
|
sleepandream: dolu heols kapel dgn sissy iman kejap je la yach?
ADVERTISEMENT