|
Tujuh bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Ariff Bahran berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut Bahran, kandungan isterinya Amirah Syazwani Ridzwan kini sudah mencecah enam bulan.
Kredit foto: IG Ariff
"Saya menunggu waktu terbaik untuk kongsikan berita gembira ini kepada rakan-rakan.
"Alhamdulillah... jika ada rezeki dan tiada aral melintang, saya akan menjadi seorang ayah," ujarnya.
Dalam masa sama, Bahran turut meluahkan rasa teruja dan gementar untuk menyambut kelahiran anak sulungnya yang dijangka lahir Julai depan.
Dia juga bersyukur, isterinya tidak mengalami sebarang alahan atau masalah kesihatan sepanjang kehamilan.
"Agak gementar dan teruja dalam masa yang sama.
"Sekarang sudah di hujung trimester kedua. Tiada alahan, tiada morning sickness. Semoga urusan isteri dipermudahkan," jelasnya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 3 September tahun lalu.
Sumber: mStar
|
|