CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ni Kalau Cikgu Lelaki Mesti Masuk Balai Dah,"Lawak 'Kotor' Guru Wanita Dikecam

13-4-2022 04:48 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3595| Komen: 14|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok teahoney


Menjadi seorang pendidik bukanlah mudah kerana kita memikul tanggungjawab sebagai seorang guru untuk membentuk anak didik kita di masa hadapan.

Pada zaman ini, ramai guru yang menggunakan media sosial untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara maya. Ramai pendidik dilihat memuat naik video berunsur berkenaan dengan subjek yang diajar di platform seperti TikTok di mana ia lebih padat dan menarik untuk pelajar.

Walau bagaimanapun, banyak juga sisi negative sosial media. Kini, keperibadian seorang guru itu mudah dinilai melalui apa yang dikongsikan dalam akaun media sosial mereka.


Baru-baru ini menerusi platform Tiktok, terdapat sebuah trend dimana seseorang menunjukkan bahagian badan mereka yang boleh dijadikan sebagai 'bantal'. Trend itu banyak dilakukan oleh pengguna luar negara kerana ia mempunyai maksud lucah dan trend sebegini jelas tidak sesuai dengan content dan budaya di Malaysia. 


Pasti tak sangka apabila trend tersebut dibuat oleh seorang pengguna Tiktok yang bekerja sebagai pendidik. Menerusi video itu kelihatan guru itu memakai baju kurung merah dengan kapsyen yang ditulis, "lepas berbuka takpe". 

Video itu telah menjadi viral apabila ia telah ditonton sebanyak 573 ribu kali. 

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan guru muda ini kerana secara tidak langsung perbuatannya menjatuhkan nilai dan maruah seorang guru. Ada juga komen yang mengatakan sekiranya guru lelaki yang melakukan perkara sebegini, pasti akan menjadi kes polis. 

Sumber: Tiktok teahoney


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 13-4-2022 06:19 PM
Nanti bila ramai yang kutuk, mesti berjuta alasan defensive!
Quote anony-mous 13-4-2022 07:17 PM
Apa yg dia buat? Xfaham
Quote eyansss 13-4-2022 07:22 PM
anony-mous: Apa yg dia buat? Xfaham


aku pun tak faham sebab video dah takde…
Quote cik_nit 13-4-2022 08:23 PM
Dah tak ada pulak bideonya. Baru nak tengok
Quote xtinkerbellx 13-4-2022 09:59 PM
Ade je video atas ni. Biasa je. Dia just tepuk suh baring atas riba.
Quote adelea 13-4-2022 10:21 PM
Perempuan semua x salah ..
Realiti hurts !
Quote sarahmirza 14-4-2022 09:22 AM
Cikgu ke pelakunya?
Yang gigih nak budak darjah 1 dtg sekolah berbungkus tapi cikgu sendiri perangai ke laut..
Nampak sopan sebab bertudung je tapi adab, aurat tak tau jaga..
Quote Prickford 14-4-2022 09:28 AM
Dah la tak lawa, nak tiktok luar waktu sekolah tak boleh ke??? Kau bukan kerja dalam bidang komersial pon!
Quote makton 14-4-2022 09:41 AM
cikgu2 muda skrg mmg ssuatu la.. pemakaian pun agak tak bersesuaian. ketat, nampak body.
Quote hasniey 14-4-2022 11:54 AM
Dia buat video tepuk paha utk jdkan bntal.bpe seconds je
Lepastu komen2 ckp student lg.blom jd cikgu
Ni bakal2 cikgu la ni
Quote hasniey 14-4-2022 11:56 AM
makton replied at 14-4-2022 09:41 AM
cikgu2 muda skrg mmg ssuatu la.. pemakaian pun agak tak bersesuaian. ketat, nampak body.

Cikgu sy dulu2 pon pkai ketat2
Tudung punyala singkat smpai boleh nmpk rantai leher dia
cikgu pakai ketat2,cntik2 ni bukan ikut zaman.ada je dr zaman dulu smpai skrg.
Cuma skrg ada sosial media.abes satu dunia tengok
Quote renko 14-4-2022 03:29 PM
alah spesis2 sial cmni bukan nk keja sangat pun
nk berootd je live sana sini
lau mengajar pun bukan ikhlas mcm musibat je
Quote krustykrab 14-4-2022 04:29 PM
hasniey replied at 14-4-2022 11:56 AM
Cikgu sy dulu2 pon pkai ketat2
Tudung punyala singkat smpai boleh nmpk rantai leher dia
ci ...

Betul...dgn kebaya singkat nan ketat nya...skg je sikit2 duk ckp akhir zaman..dah berpuluh tahun berlalu kot...
Quote tupaiterbang 16-4-2022 12:54 PM
krustykrab replied at 14-4-2022 04:29 PM
Betul...dgn kebaya singkat nan ketat nya...skg je sikit2 duk ckp akhir zaman..dah berpuluh tahun b ...



tu tak campur lagi dgn mekap tebal berlapis2...pukul 5 pagi dah start mekap


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.090237 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top