Pempengaruh Ameera Khan, 22, yang juga adik kepada selebriti Neelofa sekali lagi menjadi bahan perbualan netizen apabila memuat naik gambarnya di Instagram dengan hanya memakai bandana sebagai penutup kepala.
Gadis yang popular dengan gelaran Little Miss Khan itu sejak akhir-akhir ini banyak berkongsi gambarnya yang hanya menggunakan topi, 'key', turban, 'hoodie' mahupun selendang bagi menutup kepalanya.
Sebelum ini, Ameera dikenali dengan imej bertudung bagaimanapun pada 2016 dia kemudian berkongsi gambarnya di Instagram yang tanpa hijab. Sekitar Mac 2021, gadis itu sekali lagi tampil memakai tudung. Ketika itu, netizen beranggapan dia akhirnya kembali menutup auratnya dengan sempurna.
Pun begitu, perkongsian gambarnya di media sosial memaparkan dirinya yang mendedahkan rambutnya yang panjang dan bahagian leher menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen.
Mereka tertanya-tanya sama ada Ameera kembali 'free hair' atau memakai tudung secara 'on off'. Walaupun hanya adik kepada seorang selebriti, namun statusnya sebagai Instafamouse menyebabkan dia tidak dapat lari daripada kecaman umum.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Ameera atas dasar meminati gadis itu, ada yang kecewa dengan tindakannya yang sebelum ini mengesahkan kembali berhijab namun penampilan tersebut tidak kekal lama. -CARI