Siapa sahaja suka dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain. Bangman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Salim yang dikenali dengan video resipi ringkas secara bersahaja di TikTok dan Twitter kesal apabila dirinya dibandingkan dengan selebriti masakan, Khairul Amin.
Malah, ada yang menuduh dia ingin mencari pengikut di media sosial dengan meniru Khairul Amin dari segi pengisian video dan sebagainya.
Jelasnya, dia sudah lama memuat naik ‘content’ memasak dan pernah menyimpan impian untuk meneruskan pengajian dalam bidang kulinari, namun rezeki tidak berpihak kepadanya. Tambahnya lagi, dia juga tidak pernah menaikkan ‘namanya’ di media sosial dengan menularkan benda-benda bodoh dan tidak senonoh serta tidak membuat banyak masalah kepada orang ramai. Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada Khairul Amin kerana telah membuka jalan kepada orang ramai untuk menjadi ‘content creator’ di Malaysia. Sumber: BeautifulNara
|
ladybugz: bagus ada byk wat content masa ...
mamichik: Edited by mamichik at 12-4-20 ...
ADVERTISEMENT