Pernah membatalkan perkahwinan mereka hampir 20 tahun lalu, akhirnya jodoh Jennifer Lopez dan Ben Affeck ternyata kuat apabila pasangan selebriti itu sekali lagi kembali bertunang.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah cincin pertunangan mereka yang merupakan permata warna hijau yang berharga lebih RM21 juta. Malah, dikatakan bentuk dan gaya cincin tersebut juga sama cincin berlian merah jambu Harry Winston 2002 yang diberikan Ben pada tahun 2002 sebagai simbolik pertunangan mereka ketika itu. Sebelum ini, Jennifer atau JLo berkongsi klip dirinya disarungkan cincin permata warna hijau di jarinya sebagai simbolik pertunangan dengan aktor itu.
Menerusi video tersebut, penyanyi lagu On The Floor itu dilihat menangis dan mengelap air matanya sambil mengatakan kekasih hatinya cukup sempurna buatnya. "Anda sangat sempurna," kata JLo kepada Ben.
|
ADVERTISEMENT