CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Peminat Tak Tentu Arah, Apa Lewis Hamilton Buat Di Stesen Minyak Petronas KL?

12-4-2022 06:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5232| Komen: 73

Kelibat jaguh Formula 1 (F1) Lewis Hamilton yang dirakam di sebuah rangkaian stesen minyak Petronas di ibu negara membuatkan rata-rata netizen Malaysia teruja.


Perkongsian sekeping gambar oleh @aimanhxzm sekitar pukul 4.38 petang, pada Isnin memaparkan pelumba F1 itu dikatakan sedang menjalani rakaman iklan Petronas di stesen minyak berkenaan.


Kredit foto: Twitter/IG

Menjengah ruangan komen, segelintir pelayar mempersoalkan ketulenan gambar tersebut kerana beranggapan ia adalah suntingan semata-mata.

Bagaimanapun ciapan daripada beberapa netizen yang dalam masa sama turut memuat naik beberapa keping gambar lain di laman Twitter menguatkan lagi kebenaran perkongsian yang dibuat sebelumnya.


Malah menurut warganet, kunjungan Hamilton ke Malaysia tidak berseorangan sebaliknya dia turut disertai rakan gandingan baharunya dari tim Mercedes, George Russell.



Sementara itu menjengah ke laman sosial rasmi milik Hamilton, pelumba British berusia 37 tahun itu turut memuat naik video pendek di Instagram Story memaparkan mercu ikon Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dalam perkongsian tersebut, Hamilton turut membuat pautan (tagged) kepada akaun Instagram @Petronas dan berkongsi pautan lokasi 'Kuala Lumpur'.



Sementara itu kata kunci 'Lewis Hamilton' turut tersenarai dalam senarai empat carian teratas di Twitter.

Malah, kata kunci 'Hamilton Malaysia' di bahagian carian Twitter juga turut meriah dengan komen netizen yang teruja dan tidak percaya dengan kunjungan jaguh F1 tersebut.





Malah ada yang berharap agar terserempak dengan pelumba tersebut di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat figura itu lebih dekat dengan mata sendiri.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 12-4-2022 06:32 AM
Edited by batmana at 12-4-2022 06:33 AM

Apa hasil daripada sifat teruja cmni?ko makin pandai bawa kereta dgn cekap ke apa?tk Paham aku
Quote cmf_premierleag 12-4-2022 06:47 AM
Ntah le..akak tak teruja pun sbb akak pun x minat F1 bagai ni
Quote nikaido 12-4-2022 06:53 AM
Penah pergi tengok F1 ni sekali. dpt tiket grandstand (harga masa tu rm999) hadiah dr maybank. serius F1 adalah salah satu sukan paling boring aku tengok. kl dpt tiket free lagi sekali pun aku xde pegi dah
Quote VioletsAre_Blue 12-4-2022 07:16 AM
nikaido replied at 12-4-2022 06:53 AM
Penah pergi tengok F1 ni sekali. dpt tiket grandstand (harga masa tu rm999) hadiah dr maybank. seriu ...

F1 tu sama taraf dengan golf tahap kebosanan dia
Quote xAthenax 12-4-2022 07:30 AM
VioletsAre_Blue replied at 12-4-2022 07:16 AM
F1 tu sama taraf dengan golf tahap kebosanan dia

tapi uols
yang tengok F1 ni sejenis beli ticket macam ticket EPL
berduyun duyun dari 1 negara ke 1 negara
kaka punya elder sister salah sorang daripadanya
zaman anak2 dia kecik lagi lah tapi
sampai ke Spanyol sana.. apa jadah
sekarang tak terikut dah sebab  sakit lutut sakit pergelangan kaki..
tak larat katanya
I agree, amat membosankan..serupa golfmotorcross too
Quote makton 12-4-2022 07:33 AM
mahap ler. aku tak kenal sape mamat ni.
kalau selisih bahu pun mesti aku igt mamat ni geng2 mentari court
Quote bulalof 12-4-2022 07:39 AM
makton replied at 12-4-2022 07:33 AM
mahap ler. aku tak kenal sape mamat ni.
kalau selisih bahu pun mesti aku igt mamat ni geng2 mentari  ...

kahkahkah....mentari court yg legend!
Quote matchstick 12-4-2022 07:45 AM
Hahaha Komen acik2 porem sentiasa menghiburkan
Quote dani-rox 12-4-2022 07:47 AM
sukan paling bosan tp paling overrated dlm donia, tempat org kaya dan wannabes berkumpul buat circle jerk baik tengok lumba boat regatta swk, international pun iya jugak meriah summore
Quote Abahmung 12-4-2022 07:51 AM
Dia prnah mai suria klcc thn 2013 kalo x silap..tp masa tu xde la femes sgt mcm skrg
Quote Lagubestbest 12-4-2022 07:59 AM
nikaido replied at 12-4-2022 06:53 AM
Penah pergi tengok F1 ni sekali. dpt tiket grandstand (harga masa tu rm999) hadiah dr maybank. seriu ...

kena tahu sedikit sebanyak bab teknikal kenderaan, cantas mencantas team strategy pasal pit stop dan team order, dan politik belakang tabir, kemudian baru rasa best.
Quote AznieBunnie 12-4-2022 08:22 AM
nikaido replied at 12-4-2022 06:53 AM
Penah pergi tengok F1 ni sekali. dpt tiket grandstand (harga masa tu rm999) hadiah dr maybank. seriu ...

pernah dapat gak tiket free tapi kat tempat open.
kena sunburn teruk.
harga satay 4 cucuk RM20.
excited waktu kereta sampai depan tempat kami lepak je.

now baca cerita anda pun kata grandstand pun boring.... so boleh strike off lah bucket list ni.

Quote chinta89 12-4-2022 08:31 AM
suka baca komen2
Quote damsel_fiji 12-4-2022 08:40 AM
gelinya dgr tajuk wartawan cari sangkak ni...peminat tak tentu arah katanya...yihh
Quote venom1 12-4-2022 08:42 AM
Dah alang2 sampai Malaysia ni Abg Lewis taknak ke test power race dengan king of Malaysia, Perodua Myvi?
Quote watie79 12-4-2022 08:46 AM
pandai Petronas rebranding pakai superstar...Pertamina apa khabar ???
Quote Samerosie 12-4-2022 08:52 AM
Petrol head macam laki iols je minat.
Quote Samerosie 12-4-2022 08:57 AM
watie79 replied at 12-4-2022 08:46 AM
pandai Petronas rebranding pakai superstar...Pertamina apa khabar ???


Dah lama dah Petronas partner dgn mercedez for F1 lebih 10 tahun kut.  Before this Petronas Sauber yg tak terkenal sgt.
Quote shi_jewel 12-4-2022 09:12 AM
btw, dia dengan nicole pussycat dolls masih bersama tak?

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.096414 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top