Sejak kebelakangan ini, pelakon Will Smith dilanda pelbagai isu membabitkan dirinya, keluarga dan pelakon komedian Chris Rock.
Smith juga pernah berlakon dalam filem Suicide Squad sebagai Deadshot yang mendapat reaksi suam-suam kuku sahaja di kalangan penonton.
Petikan dari Rolling Stone, baru-baru ini DC dalam perancangan untuk membuat filem "Deadshot" yang akan dibintangi Smith, tetapi difahamkan perancangan filem itu telah lama ditangguh sebelum isu perselisihan di antara Will Smith dan Chris Rock lagi. Salah satu utama terbesar perancangan filem itu ditangguh berpunca daripada bayaran yang diminta oleh Smith untuk filem itu. Namun, tidak jelas berapa banyak bayaran yang dimintanya. Walaupun filem sekuel Suicide Squad itu telah dihasilkan, Smith memutuskan untuk meninggalkan watak Deadshot dan pihak studio menggantikannya dengan watak Bloodsport lakonan Idris Elba. - CARI |
ADVERTISEMENT