|
Sejak berkahwin pada 2018, pasangan selebriti popular Justin Bieber dan isterinya, Hailey Baldwin sering menjadi perhatian media di mana sahaja.
Bahkan, baik media mahupun peminat kedua-duanya juga tidak sabar menunggu pengumuman jika Bieber dan Baldwin bakal bergelar ibu bapa suatu hari nanti. Bagaimanapun, impian peminat untuk melihat Baldwin hamil membuatkan wanita itu berasa sangat tertekan. Ketika menghadiri acara Anugerah Grammy 2022 baru-baru ini, Baldwin sekali lagi menjadi perhatian netizen yang mendakwa perutnya kelihatan sedikit buncit seperti sedang hamil.
Tidak senang dengan berita tersebut, model berusia 25 tahun itu memuat naik status dalam Twitter, menafikan perkara tersebut, sekali gus meminta netizen supaya tidak mengambil tahu tentang dirinya. “Saya tidak hamil dan tolong tinggalkan saya sendirian. “Saya masih terlalu muda untuk menjadi seorang ibu. Tunggu beberapa tahun lalu, saya dan suami akan mengumumkan berita gembira satu hari nanti,” ujarnya. Sumber: Kosmo
|
gideoncross: Edited by gideoncross at 11-4 ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.117268 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.