JAWA TIMUR: Sebuah sekolah di Magetan menjadi tular dalam media sosial selepas penghuninya melaksanakan solat tarawih selama lapan jam setiap malam.
Lapor detik.com, Jabatan Perhubungan Awam Pondok Pesantren Al-Fatah di Desa Temboro, Eko Mahmudi memberitahu, sudah menjadi tradisi tahunan setiap kali Ramadan pelajar di sekolah itu akan melaksanakan ibadah tarawih dengan menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran. “Solat tarawih akan dilaksanakan selepas solat isyak pada pukul 7 malam dan selesai pukul 3 pagi. Selepas itu, pelajar akan terus bersahur. “Solat selama lapan jam akan lengkap dibaca 30 juzuk al-Quran,” katanya.
Menurut Eko, sekolah yang mempunyai 17,000 pelajar itu membahagikan solat tarawih kepada beberapa kumpulan. Katanya, terdapat kumpulan yang akan membaca 10 dan 20 juzuk al-Quran, yang disertai lebih ramai pelajar kerana imam dibenarkan melihat al-Quran ketika solat. Bagi 30 juzuk hanya disertai beberapa pelajar sahaja kerana syaratnya imam dan makmum mesti sudah menghafal al-Quran. “Setiap kumpulan mempunyai seramai enam imam pada setiap malam. Mereka akan membaca 30 juzuk al-Quran sepanjang 20 rakaat solat tarawih. “Ini bermakna setiap imam akan bergilir-gilir membaca lima juzuk al-Quran,” katanya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
uori replied at 11-4-2022 11:18 AM
dorang tak tido ke apa
epal21 replied at 11-4-2022 01:00 PM
Kalau itu kerja hakikinya boleh lah. Org lain kena pergi kerja, masak, jaga anak. Bekerja, mengurusk ...
ADVERTISEMENT