JAWA TIMUR: Sebuah sekolah di Magetan menjadi tular dalam media sosial selepas penghuninya melaksanakan solat tarawih selama lapan jam setiap malam.
Lapor detik.com, Jabatan Perhubungan Awam Pondok Pesantren Al-Fatah di Desa Temboro, Eko Mahmudi memberitahu, sudah menjadi tradisi tahunan setiap kali Ramadan pelajar di sekolah itu akan melaksanakan ibadah tarawih dengan menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran.
Foto: Detik.com
“Solat tarawih akan dilaksanakan selepas solat isyak pada pukul 7 malam dan selesai pukul 3 pagi. Selepas itu, pelajar akan terus bersahur.
“Solat selama lapan jam akan lengkap dibaca 30 juzuk al-Quran,” katanya.
Menurut Eko, sekolah yang mempunyai 17,000 pelajar itu membahagikan solat tarawih kepada beberapa kumpulan.
Katanya, terdapat kumpulan yang akan membaca 10 dan 20 juzuk al-Quran, yang disertai lebih ramai pelajar kerana imam dibenarkan melihat al-Quran ketika solat.
Bagi 30 juzuk hanya disertai beberapa pelajar sahaja kerana syaratnya imam dan makmum mesti sudah menghafal al-Quran.
“Setiap kumpulan mempunyai seramai enam imam pada setiap malam. Mereka akan membaca 30 juzuk al-Quran sepanjang 20 rakaat solat tarawih.
“Ini bermakna setiap imam akan bergilir-gilir membaca lima juzuk al-Quran,” katanya. -CARI
Post time 11-4-2022 12:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mengada-adakan sesuatu yang Rasul SAW pun tak buat aka bidaah. Contohi Rasulullah SAW......baginda adalah seorang:
1)suami untuk isteri2 baginda
2) ayah
3) pemimpin
4) ketua perang
5) aktivis sosial
6) duta
7) selain tugas hakiki baginda sebagai Rasul
Mengadap tikar sembahyang selama 8 jam (hari siang dah tentu letih, mengantuk, puasa) ........sok2 sorru pun miss. Tak kan nak harapkan derma, derma je
iols pun terfikir pasal ni... besok kena urus pasal kehidupan, tak penatkah buat semua tu sebab tak cukup tidur, tak mudaratkah kepada badan kalau satu bulan tak cukup tidur dengan banyak mcm tu.. atau barangkali urusan kehidupan yang lain tak buat, orang lain yang bantu.. dan siang hari membuta sahaja selepas itu sehingga boleh buat rekod lain pulak..
Post time 11-4-2022 02:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jadi siang tido berapa jam ni? Memang yang terawih paling laju pun ummah seberang, dah serupa burung belatuk, yang paling panjang pun sama. Boleh lah jadi ummah terpaling.