CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disaman Jika Bertudung, Itu Janji Calon Presiden Perancis

8-4-2022 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4994| Komen: 42

Calon pilihan raya Presiden Perancis, Marine Le Pen berjanji akan melaksanakan peraturan menyaman wanita beragama Islam yang memakai tudung di tempat awam sekiranya beliau dipilih, lapor akhbar Mail Online kelmarin.


Le Pen mengumumkan manifesto terbaharunya itu tiga hari menjelang pilihan raya Presiden diadakan.


Kredit foto: Financial Times

Media tempatan melaporkan bahawa jaminan saman terhadap  wanita berhijab itu telah membantu Le Pen mengakhiri jurang sokongan antara beliau dan Presiden Emmanuel Macron, yang sebelum ini mendahului dalam tinjauan pendapat.

Menurut wanita berusia 53 tahun itu, beliau yakin mempunyai peluang besar dan terbaik untuk menewaskan Macron dalam pusingan kedua pilihan raya itu pada 24 April ini.

Le Pen berkata, larangan memakai tudung di semua tempat awam akan dikuatkuasakan oleh polis dengan cara yang sama seperti memakai tali pinggang keledar di dalam kereta.

“Mereka yang bertudung di tempat awam akan dikenakan denda dengan cara yang sama seperti kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Saya yakin polis sangat mampu untuk menguatkuasakan langkah ini,” katanya.

Le Pen berkata,  beliau akan menggunakan pungutan suara bagi mengelak cadangan tersebut disifatkan bertentangan dengan dasar perlembagaan negara yang tidak menyokong diskriminasi dan pelanggaran kebebasan peribadi.

Undang-undang semasa Perancis melarang peletakan simbol agama yang jelas di sekolah manakala pemakaian penutup muka penuh di khalayak ramai dibenarkan atas dasar ia terpakai kepada semua rakyat dan dalam tetapan tertentu.

Tinjauan baru-baru ini mendapati majoriti kecil rakyat Perancis (51 peratus) mendapati Le Pen membimbangkan, manakala 39 peratus menganggap beliau mempunyai perwatakan seorang Presiden, jumlah itu meningkat berbanding 21 peratus pada 2017. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-4-2022 11:26 PM
Manifesto bukan kitab suci. -2018

Quote zorrro_03 8-4-2022 11:48 PM
muka2 pengikut dajjal.  kau besar kepala sgt ye.  tunggu je
Quote mbhcsf 9-4-2022 12:04 AM
Edited by mbhcsf at 9-4-2022 12:05 AM

secularism , anehkan, dalam menjuangkan kebebasan dan satu satunya negara yg terkenal dengan revolusi Perancisnya yg membunuh raja depa sendiri , mereka bercakap ttg kebebasan tapi anehnya ia berpilih.
Mencuba sedaya mungin membenam representasi luaran satu agama yang menyelamatkan tamadun mereka juga hasil dari gemilagnya tamadun yg cuba sedaya upaya dimusnahkan, dilemahkan , malah dihina itu - tamadun itu berkembang   tatkala kaum mu di bumi eropah masih jahil , bobrok dan bodoh.

takut si wanita aneh ini  pada sehelai fabrik yg menutupi  rambut seorang wanita Muslim?
logik ke tak?
di sebalik petahnya Descartes, Rosseau and Voitaire , ini outcome mereka?
Quote anony-mous 9-4-2022 12:05 AM
Pepuak ni gebang “my body my rules” tp bila org islam nk bertudung, xbg pulak???
Quote Orenn1 9-4-2022 12:09 AM
mbhcsf replied at 9-4-2022 12:04 AM
secularism , anehkan, dalam menjuangkan kebebasan dan satu satunya negara yg terkenal dengan revolus ...

mcm kita jugaklah kebebasan terpilihh, nak mengata org kita pun tak kurangg
Quote gideoncross 9-4-2022 12:28 AM
anony-mous replied at 9-4-2022 12:05 AM
Pepuak ni gebang “my body my rules” tp bila org islam nk bertudung, xbg pulak???

Nuns pun mnutup rmbut & kpla, ok plak bgi dorg tpi bila Muslimah buat camtu, jdi slah plak, gila dorg ni pstu kat France ni mcm bnyk yg bnci kat Islam. Pelik.
Quote gideoncross 9-4-2022 12:29 AM
mbhcsf replied at 9-4-2022 12:04 AM
secularism , anehkan, dalam menjuangkan kebebasan dan satu satunya negara yg terkenal dengan revolus ...

Aiol pun x fhm knapa kat France rmai yg tkut kat Islam.
Quote caprut 9-4-2022 12:33 AM
Lantak la negara kapir. Yg org malaysia sbuk sgt knp?
Quote caprut 9-4-2022 12:33 AM
Lantak la negara kapir. Yg org malaysia sbuk sgt knp?
Quote angelofish 9-4-2022 01:17 AM
harap hancurla di sebabkan perang dunia 3.dan bertukar jadi negara zaman kegelapan
Quote becir 9-4-2022 02:05 AM
Elokla all the meriems malikas kat Sana atas bertutup bawah terbukak time laki takde boleh all out kalau si le pen ni menang

Quote Gokuuu 9-4-2022 04:24 AM
Dorg paling banned wanita pakai burqa yg tutup muka tu..sebab susah nak recognize sama ada org itu lelaki/wanita di sebalik pakaian yg menutup seluruh tubuh tu..ada isu keselamatan di situ..
Dah negara non muslim what do u expect?
Quote lurve82 9-4-2022 05:03 AM
Dia ckp tudg la..bukan burqa kan…dh tu nun sana pun kne bukak jgk la bila dkt public…habis la dah xsuci nun dorg…
Quote cupu 9-4-2022 06:15 AM
Harap org perancis tak terpengaruh dgn manifesto bodoh sebegini. Baca pun..huisssh.muslimah yg pakai,kau yg panas.
Quote Decaffeinated 9-4-2022 07:24 AM
caprut replied at 9-4-2022 12:33 AM
Lantak la negara kapir. Yg org malaysia sbuk sgt knp?

kecewa lah acik2 tak boleh lagi post kat IG gambar beratoq depan butik LV

kalau post juga gambar free hair kang kena tanya


Quote Decaffeinated 9-4-2022 07:32 AM
Orenn1 replied at 9-4-2022 12:09 AM
mcm kita jugaklah kebebasan terpilihh, nak mengata org kita pun tak kurangg

aku double standard takpe, orang lain tak boleh - double standard next level



Quote axl_bach 9-4-2022 07:40 AM
gideoncross replied at 9-4-2022 12:28 AM
Nuns pun mnutup rmbut & kpla, ok plak bgi dorg tpi bila Muslimah buat camtu, jdi slah plak, gila d ...


Btol ke nun bleh pakai veil di France?

Sefaham aku kat France ni semua agama dorg  ban simbol agama di tempat kerajaan mcm sekolah dll...

Di gereja maybe nun bleh pakai veil...

Di sana dorg kuat dgn pegangan Lai Cite...

Ni contoh dorg ban pemakaian veil terhadap kristian

https://www.google.com/amp/s/amp.theguardian.com/world/2019/nov/20/french-nun-misses-out-on-retirement-home-place-over-veil-ban
Quote axl_bach 9-4-2022 07:41 AM
anony-mous replied at 9-4-2022 12:05 AM
Pepuak ni gebang “my body my rules” tp bila org islam nk bertudung, xbg pulak???

Btol ke konsep Laicite di France cuma dorg pakai kat muslim?  Bkn semua agama pun tertakluk ke?

Konsep dorg agama tinggal di rumah.

Quote Dovahkiin 9-4-2022 07:43 AM
This is unconstitutional. Law ni hanya untuk sekolah2 kerajaan dan penjawat awam sahaja. Bukan setakat tudung je, tapi kopiah yahudi, rantai salib & apa2 religious symbols. In public hanya burqa yg tak dibenarkan (understandable).

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.092320 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top