View: 3647|Reply: 42
|
Disaman Jika Bertudung, Itu Janji Calon Presiden Perancis
[Copy link]
|
|
Calon pilihan raya Presiden Perancis, Marine Le Pen berjanji akan melaksanakan peraturan menyaman wanita beragama Islam yang memakai tudung di tempat awam sekiranya beliau dipilih, lapor akhbar Mail Online kelmarin.
Le Pen mengumumkan manifesto terbaharunya itu tiga hari menjelang pilihan raya Presiden diadakan.
 Kredit foto: Financial Times
Media tempatan melaporkan bahawa jaminan saman terhadap wanita berhijab itu telah membantu Le Pen mengakhiri jurang sokongan antara beliau dan Presiden Emmanuel Macron, yang sebelum ini mendahului dalam tinjauan pendapat.
Menurut wanita berusia 53 tahun itu, beliau yakin mempunyai peluang besar dan terbaik untuk menewaskan Macron dalam pusingan kedua pilihan raya itu pada 24 April ini.
Le Pen berkata, larangan memakai tudung di semua tempat awam akan dikuatkuasakan oleh polis dengan cara yang sama seperti memakai tali pinggang keledar di dalam kereta.
“Mereka yang bertudung di tempat awam akan dikenakan denda dengan cara yang sama seperti kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
“Saya yakin polis sangat mampu untuk menguatkuasakan langkah ini,” katanya.
Le Pen berkata, beliau akan menggunakan pungutan suara bagi mengelak cadangan tersebut disifatkan bertentangan dengan dasar perlembagaan negara yang tidak menyokong diskriminasi dan pelanggaran kebebasan peribadi.
Undang-undang semasa Perancis melarang peletakan simbol agama yang jelas di sekolah manakala pemakaian penutup muka penuh di khalayak ramai dibenarkan atas dasar ia terpakai kepada semua rakyat dan dalam tetapan tertentu.
Tinjauan baru-baru ini mendapati majoriti kecil rakyat Perancis (51 peratus) mendapati Le Pen membimbangkan, manakala 39 peratus menganggap beliau mempunyai perwatakan seorang Presiden, jumlah itu meningkat berbanding 21 peratus pada 2017.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Manifesto bukan kitab suci. -2018
|
|
|
|
|
|
|
|
muka2 pengikut dajjal. kau besar kepala sgt ye. tunggu je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-4-2022 12:05 AM
secularism , anehkan, dalam menjuangkan kebebasan dan satu satunya negara yg terkenal dengan revolusi Perancisnya yg membunuh raja depa sendiri , mereka bercakap ttg kebebasan tapi anehnya ia berpilih.
Mencuba sedaya mungin membenam representasi luaran satu agama yang menyelamatkan tamadun mereka juga hasil dari gemilagnya tamadun yg cuba sedaya upaya dimusnahkan, dilemahkan , malah dihina itu - tamadun itu berkembang tatkala kaum mu di bumi eropah masih jahil , bobrok dan bodoh.
takut si wanita aneh ini pada sehelai fabrik yg menutupi rambut seorang wanita Muslim?
logik ke tak?
di sebalik petahnya Descartes, Rosseau and Voitaire , ini outcome mereka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pepuak ni gebang “my body my rules” tp bila org islam nk bertudung, xbg pulak??? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kita jugaklah kebebasan terpilihh, nak mengata org kita pun tak kurangg
|
|
|
|
|
|
|
|
Nuns pun mnutup rmbut & kpla, ok plak bgi dorg tpi bila Muslimah buat camtu, jdi slah plak, gila dorg ni pstu kat France ni mcm bnyk yg bnci kat Islam. Pelik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiol pun x fhm knapa kat France rmai yg tkut kat Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lantak la negara kapir. Yg org malaysia sbuk sgt knp? |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak la negara kapir. Yg org malaysia sbuk sgt knp? |
|
|
|
|
|
|
|
harap hancurla di sebabkan perang dunia 3.dan bertukar jadi negara zaman kegelapan |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla all the meriems malikas kat Sana atas bertutup bawah terbukak time laki takde boleh all out kalau si le pen ni menang
 |
|
|
|
|
|
|
|
Dorg paling banned wanita pakai burqa yg tutup muka tu..sebab susah nak recognize sama ada org itu lelaki/wanita di sebalik pakaian yg menutup seluruh tubuh tu..ada isu keselamatan di situ..
Dah negara non muslim what do u expect? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ckp tudg la..bukan burqa kan…dh tu nun sana pun kne bukak jgk la bila dkt public…habis la dah xsuci nun dorg… |
|
|
|
|
|
|
|
Harap org perancis tak terpengaruh dgn manifesto bodoh sebegini. Baca pun..huisssh.muslimah yg pakai,kau yg panas. |
|
|
|
|
|
|
|
kecewa lah acik2 tak boleh lagi post kat IG gambar beratoq depan butik LV
kalau post juga gambar free hair kang kena tanya 
|
|
|
|
|
|
|
|
aku double standard takpe, orang lain tak boleh - double standard next level 
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 9-4-2022 12:28 AM
Nuns pun mnutup rmbut & kpla, ok plak bgi dorg tpi bila Muslimah buat camtu, jdi slah plak, gila d ...
Btol ke nun bleh pakai veil di France?
Sefaham aku kat France ni semua agama dorg ban simbol agama di tempat kerajaan mcm sekolah dll...
Di gereja maybe nun bleh pakai veil...
Di sana dorg kuat dgn pegangan Lai Cite...
Ni contoh dorg ban pemakaian veil terhadap kristian
https://www.google.com/amp/s/amp.theguardian.com/world/2019/nov/20/french-nun-misses-out-on-retirement-home-place-over-veil-ban |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 9-4-2022 12:05 AM
Pepuak ni gebang “my body my rules” tp bila org islam nk bertudung, xbg pulak???
Btol ke konsep Laicite di France cuma dorg pakai kat muslim? Bkn semua agama pun tertakluk ke?
Konsep dorg agama tinggal di rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
This is unconstitutional. Law ni hanya untuk sekolah2 kerajaan dan penjawat awam sahaja. Bukan setakat tudung je, tapi kopiah yahudi, rantai salib & apa2 religious symbols. In public hanya burqa yg tak dibenarkan (understandable). |
|
|
|
|
|
|
| |
|