CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

5 Filem Melayu Yang Pernah Kecoh Dengan Kontroversi Sehingga Sekarang!

9-4-2022 11:26 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 25920| Komen: 145|Original author: Agent13k

Membuat filem di Malaysia kadang-kadang amat sukar kerana ada pelbagai perkara yang tidak boleh dibuat kerana mungkin akan mengundang sifat malu dan akan melanggar pantang-larang di Malaysia. Tetapi ada beberapa filem di Malaysia yang pernah menjadi kontroversi kerana kandungan dalam filem itu dan menjadi bualan sehingga ke hari ini.

kredit foto: OhBulan


Petikan dari Iluminasi, ini adalah 5 filem melayu yang pernah kecoh dengan kontroversi.

  • Laga
kredit foto: Cinema Online


Filem Laga yang pernah dilanda dengan beberapa kontroversi, salah satunya melibatkan treler filem itu memaparkan adegan panas dengan pelakon Marsha Milan Londoh, filem itu juga memaparkan satu plot yang mempetaruhkan isteri sendiri untuk dijadikan bayaran sabung ayam.


Walaupun filem itu penuh dengan kontroversi tetapi filem itu gagal menarik penonton ke pawagan kerana filem itu mengalami kerugian paling teruk bagi tahun 2014 iaitu mencatatkan kutipan sebanyak RM158,675 sahaja.

  • Embun
kredit foto: IMDB

Filem Embun yang menceritakan waktu penjajahan Jepun di Malaysia itu penuh dengan babak kontroversi, salah satunya melibatkan pelakon Izi Yahya berlakon sebagai tentera jepun itu terpaksa membuka pakaiannya dalam filem itu untuk berlakon adegan bersama Umie Aida yang menjadi mangsa oleh tentera jepun.


Difahamkan, filem itu terpaksa membuat penggambaran secara tertutup untuk memudahkan pengambaraan itu dijalankan tanpa isu dan filem itu juga memenangi 15 anugerah seperti filem terbaik, skrip terbaik, suntingan terbaik dan banyak lagi.

  • Spinning Gasing
kredit foto:Wikipedia

Filem Spinning Gasing ini melibatkan ramai pelakon yang terkenal seperti Rosyam Nor, Jalaluddin Hassan, Hani Mohsin, Ellie Suriaty dan ramai lagi, filem ini mencetuskan kontroversi kerana pasangan homoseksual sebagai watak utama jalan cerita filem itu dan ada beberapa adegan panas dalam filem itu.


Difahamkan, FINAS yang membuat banyak suntingan filem itu dan memotong babak yang dikatakan tidak baik kepada penonton. Tambahan pula, filem itu yang gagal membuat keuntungan di wayang hanya mendapat RM485 ribu sahaja, tetapi filem yang dijual dalam bentuk VCD mendapat sambutan yang hangat kerana itu adalah filem yang tiada suntingan dari pihak FINAS dan diedarkan dalam setiap cakera padat kepada penonton.

  • Perempuan, Isteri dan Jalang.
kredit foto: Youtube

Filem yang diarahkan oleh pengarah Malaysia tersohor iaitu U-Wei Haji Shaari itu menceritakan kehidupan Zaleha yang dilakonkan oleh Sofia Jane yang terpaksa mengharungi asam garam dalam kehidupannya, filem ini yang menjadi debat ketika itu kerana adegan panas dan menceritakan isu yang ketika itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka.


Walaupun filem memenangi pelbagai anugerah seperti filem terbaik, pengarah terbaik, lakon layar terbaik dan banyak lagi, tetapi filem ini terpaksa menukar namanya dari "Perempuan, Isteri dan Jalang" ke "Perempuan, Isteri dan....".

  • Gelora
kredit foto: IMDB

Tan Sri P.Ramlee yang ketika itu berada di penghujung karier beliau telah dikritik filem terbaru ketika itu iaitu "6 Jahanam" kerana kualiti filem yang teruk, P.Ramlee yang mencabar pengkritiknya untuk membuat filem lebih baik. Pada waktu itu, Utasan Malaysia telah mengeluarkan pelbagai artikel yang mengkritik filem era akhir P.Ramlee, dan untuk membuktikan pengkritik itu salah P.Ramlee dan Osman Abadi menulis draf skrip filem yang bertajuk "Gelora".


Filem Gelora itu sampai hari ini boleh dikatakan meninggalkan elemen yang besar dalam karier P.Ramlee, filem itu dikatakan terlalu panas untuk tayangan umum sehinggakan filem itu diharamkan untuk ditayangkan sehingga hari ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 9-4-2022 11:40 AM
choi filem Spinning Gasing lah yang memperkenalkan Elly Suriati kepada ummah tanahair sebab masa tu sheols menang award yach. Rasa macam wow girtuh masa tu. Namun sekarang sebaliknya sebab perangai pprt sheols
Quote fadz84 9-4-2022 11:48 AM
Filem Panas lakonan Aleeza Kassim & Eizlan Yusof agak daring jugak. Selain tu filem Fantasi/Fantasia arahan Aziz M Osman pun pernah diharamkan tayangan sbb elemen tahyul.
Quote TabletSusu 9-4-2022 12:05 PM
Filem Dukun lakonan umie aida tu pun byk kontroversi.. punya lama terperap
Quote exclusive_vvip 9-4-2022 12:05 PM
yg Imuda bercium dgn pelakon indon tepi pantai tu pun kontroversi gak..
Quote zarulnazmi 9-4-2022 12:09 PM
'Benda boleh tolak, tapi dia pilih sedap'
Quote bondeh 9-4-2022 02:13 PM
Filem Amok pun kan macam kontroversi juga dan sangatlah jarang ditayangkan. Last I ingat tayang waktu raya tahun dalam 1996-1998 camtuh kot. Tapi kat Disney Hotstar ada dah.
Quote nakkomenjugak 9-4-2022 02:35 PM
Lenjan pun kontroversi tak silap
Quote aina_shaira 9-4-2022 03:08 PM
filem Amok lakonan Nasir bilal khan dan ramona rahman cuma susah nak faham jalan cerita sebab tengok masa tu kecil lagi.

filem perempuan, isteri dan.... pun dah tengok banyak kali

sebab suka sangat dengan lakonan NBK, ada aura dan "jantan" sangat even rosyam nor pun tak leh celen lakonan beliau

pelakon lelaki sekarang ni takde yang setaraf NBK dari segi lakonan.

beto kusyairi pun dah lama tak nampak berlakon yea.

hasnul rahmat pun best kalau bercakap dan berlakon, cuma nape lah dia ambil job drama
tv3 yang skrang ditayangkan....iols tengok drama tu pun sebab nak tengok hasnul rahmat je
Quote Perawankota 9-4-2022 03:54 PM
Filem rempit pon blh tahan jugak.. Ombak rindu, maya dgn Aaron pon blh tahan jugak..
Quote suka2 9-4-2022 04:04 PM
Pilem gelora, dr rushdi bila pikir2 balik tasangka pilem itam putih zaman dulu bole tahan daring
Quote Mulotkoyak 9-4-2022 05:48 PM
Kenapa filem malaysia lucah xseberapa pun tp kutipan hauk jugak… canang riuh sekampong… tp non hadooo gak. Tetap bosan jalan citer dia. Zaman skg lg teruk ak rase filem melayu ni. Xde improvement langsung. Rase dlu lg ok. Zaman 90-an , 80-an. Filem bole kita ingat dan nk tonton banyak kali.
Quote she 9-4-2022 06:37 PM
Perempuan isteri tu lawak pulak
Sopiah lari2 dalam kebun getah
Pastu jalang memang kena berkemban duduk kangkang hisap rokok baju kemeja somi kah

Embun
Runut bunyi Aqasha sodapppp
Tapi sayang kontroversi lambat lepas tayang baru nak panas
Scene rogol betul2 londeh seluar wakakakakakak

Quote fadz84 9-4-2022 08:07 PM
Mulotkoyak replied at 9-4-2022 05:48 PM
Kenapa filem malaysia lucah xseberapa pun tp kutipan hauk jugak… canang riuh sekampong… tp non had ...

Penulis skrip & pengarah 80-an, 90-an dulu lagi kreatif & byk idea segar kan.. Filem mcm Abang 92, Tsu-Feh Sofia, Ali Setan, Fenomena, XX-Ray, Femina, Adik Manja, Shahadat, Sayang Salmah, Perempuan, Isteri Dan ... byk lagi la.. kita igt sampai skrg & tgk byk kali pun x bosan..
Quote zallama 9-4-2022 08:12 PM
yg aku tgok embun j..teirngt sampai ari nie
Quote fezy 9-4-2022 09:09 PM
hyie replied at 9-4-2022 11:40 AM
choi filem Spinning Gasing lah yang memperkenalkan Elly Suriati kepada ummah tanahair sebab masa tu  ...

Bukan mastura dulu ek si ellie tu berlakon
Quote hzln 9-4-2022 09:44 PM
fadz84 replied at 9-4-2022 08:07 PM
Penulis skrip & pengarah 80-an, 90-an dulu lagi kreatif & byk idea segar kan.. Filem mcm Abang 92, ...

Tahun 80an-90an juga penuh dgn filem sampah sarap z.lokman
Quote Mulotkoyak 9-4-2022 09:44 PM
fadz84 replied at 9-4-2022 12:07 PM
Penulis skrip & pengarah 80-an, 90-an dulu lagi kreatif & byk idea segar kan.. Filem mcm Abang 92, ...

Betul tuh… citer tuh smp skg kite sebut2. Citer skg xtau pun sedar2 kuar panggung. Pastu sebulan dua terus lupe. Pelakon pun xcm dlu kn. Kalo dlu pelakon filem lain drama lain. So ade beza and exclusive dan sng nk bg anugerah.
Quote beta_carotene 9-4-2022 10:53 PM
sbb thread ni aku pegi layan gelora dgn dr rushdi kt youtube.

omg dark side of p ramlee yang aku xpenah tgk.
Quote matbad 9-4-2022 11:25 PM
sidi oraza blakon best oiiiiii.. dimanakah beliau skrg

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.073709 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top